Thursday 21 June 2018

JEJU Trip : Rent a Car in Jeju needs International Driving Permit (IDP)

Kalau nak bercuti ke Jeju ni seeloknya sewa lah kereta sebab korang leh pergi ke mana saja korang suka dan boleh berhenti kat mana-mana. Kalau pergi in a group lagi bagus, boleh share duit sewa kereta dan petrol. Jimat belanja.

boleh singgah di merata tempat
Trip aku dulu, aku sewa kat AJ Car Rental. Boleh guna debit card dan credit card. Hasil survey kereta-kereta sewa di Jeju, aku rasa AJ Car Rental ni murah dan berpatutan.

Masuk website AJ Car Rental yang cantik ni
Korang masuk website ni dan register as a member dan boleh dapat discount. Masa pick up nanti baru dia charge ke credit card. Korang book jer dulu. Kalau lambat-lambat nanti no car available hah kaw!

Upon arrival Jeju Airport nanti, lepas pick up luggage ape semua, korang mesti terus jumpa pintu keluar, keluar jer ikut pintu tu, lintas jalan, dan ikut jer orang ramai jalan - jalan tu dan sampai la ke tempat menunggu shuttle. Naik shuttle tu dan dia akan bawa kita ke car rental office. Masa ni sape yang bawak beg berat tu kena struggle sikit sebab naik turun bas shuttle.

Masuk office car rental tu untuk pick up car. Sebelum sampai office tu baik korang standby siap-siap segala alamat tempat penginapan, IDP (International Driving Permit), dan passport driver. Lepas dapat kunci, staff diorang akan ajar guna GPS. Kat sini semua pakai nombor GPS. Bukan nombor telefon tau. GPS Number ni lain. Selalu starting nombor dia 7 dan ada 7 digit number. Kadang-kadang jer aku guna waze

Nak drive kat sini, driver belah kiri tau. Tak sama ngan Malaysia. Harap korang tak biul lah. Just calm down and drive. Eh, senang jer aku cakap kan. Bukan aku yang drive. Haha. Mula-mula tu memang kami kena hon gak la. Biul kat roundabout. Kemudian ok jer pemanduan suami aku. Katanya fast learner kan. Time ni lah nak menguji diri kita, berani menyahut cabaran atau tidak. Berani mencuba atau tidak. Kalau tak berani, baik korang standby jer lah duit banyak-banyak untuk hire tour guide.

drive at left side with GPS provided
Kalau tak de International Driving Permit, better korang buat siap-siap lah. Ingat! nak bercuti ke Jeju, korang pergi JPJ terus cepat-cepat untuk buat IDP. Sediakan RM150, gambar berukuran passport dua keping. Kat JPJ nanti korang kena isi borang. Bawa pen siap-siap yer. Sejam lepas tu terus siap IDP korang. So, tak perlu risau dah. Jangan tinggal pulak IDP korang tu masa nak fly ke Jeju. Aku cepuk kang!

IDP RM150 valid setahun
Kereta sewa ni kami dapat harga dalam RM1000. Kitorang share dan bahagi 5 orang, so sorang bayar RM200. Petrol pun kami share. Tu untung pergi in a group. Tapi kena yang muat satu kereta lah. Kalau pergi 7 orang nak satu kereta sedan, tak dapat lah. Ataupun korang boleh gak try electric car. Macam menarik dan banyak tempat untuk charge kereta. Mungkin lebih murah. Aku tak pernah survey pulak yang tu. Hal kereta ni suami aku jer yang survey dan booking. Dah dia yang kena drive.

kami dapat harga macam ni untuk kereta sedan 5 adults
So, rasanya jelas kot semua penerangan tentang nak sewa kereta kat Jeju. Kena ada IDP dan memandu belah kiri. Kena ada debit card atau credit card. Rata-rata yang pm aku semua soalan sama jer, ni ha aku dah bagitau semua serba serbi. Oklah. Kalau ada apa-apa lagi nak tanya yang tak berkaitan, boleh jer dm aku kat ig atau pm kt fb. Selamat memandu di sebelah kiri.


Monday 11 June 2018

JEJU Trip : Day 8 : Depart KLIA2

Pada hari terakhir, kami bangun pagi, sarapan dan kemas-kemas rumah penginapan kami selama 8 hari 7 malam ni. Cuaca agak sunny dan tidak terlalu sejuk lagi dah. Semasa urusan check out, kami bergambar dengan owner penginapan ni. Sangat ramah. Dia minta maaf sebab dia tak sambut masa kami sampai.

dari puncak Seongsan Ilchulbong
Owner berikan kami banyak buah oren. Sekitar penginapan ni memang banyak buah oren pun. Memang kami tunggu masa jer nak pi mintak. Tengok-tengok dia bagi siap dah. Selesai lambai-lambai tangan, dapat buah oren, kami pun nak menuju ke Jeju Airport.

Masa ni kami mempunyai sedikit masalah. Kami takde no GPS Airport. Masing-masing buka hp sebab nak google GPS number untuk ke Airport. Kemudian baru sedar yang poket wifi kami sudah expired. Hahahahaha. Maknanya kami lost connection. GPS tak tau number, internet pun takde. Sudahnya kami main redah jer. Ikut signboard.

Dari simpang traffic light, kami dah nampak Jeju International Airport tp bila masuk simpang, tak jumpa pun pintu airport. Banyak kali pusing jalan yang silap. Bahana bila takde internet dan GPS number. Jadi kawan-kawan yang lain, save siap-siap GPS location masa pick up car rental tu yer. Kalau dapat save location pick up car tu dah takyah risau sebab kita boleh naik shuttle ke airport.

Sudahnya, kami sampai juga di pintu airport walaupun banyak kali salah jalan. Suami drop kami semua di gate 4. Kemudian kami tunggu jer kat situ tak bergerak ke mana-mana sebab masing-masing takde poket wifi. Masa tunggu suami aku drop car rental tu kami cuba connect dengan wifi airport. Akhirnya kami dapat berkumpul semula dalam sebuah keluarga. Hahaha.

Kami pekena hot chocolate kat vending machine sebelah gate tu. Sedap weh. Adoi! sedap sungguh. Kamudian kami cari kaunter Air Asia. Memang tak buka lagi. Kami dah lah takde Boarding pass. Tak boleh nak print out. Tak tau pasal ape. Rupanya memang nak check in kena ke kaunter. Memang tak boleh print sendiri pun. So, semua beratur panjang-panjang di kaunter Air Asia.

Masa tu kami sampai sangat awal. Pukul 1.25pm flight kami. Tapi pukul 10pagi dah ada di airport. Kami buang duit dulu kat 7E airport. Beli banana uyu. Aku tengok ramai borong banana uyu, aku perasan ni murah sikit. Masa kami beratur tu, kami berkenalan dengan orang Langkawi. Bawa anak-anak bercuti ke Jeju dengan menaiki teksi. Duit banyak habis untuk tambang teksi. Sangat tidak berbaloi. Sesiapa nak ke Jeju memang menyewa kereta sangat sesuai. Jadi buat sesiapa yang nak bagpack tu, seeloknya datang dengan rakan lain, boleh share duit kereta sewa dan duit petrol.

Selepas check in, kami ingin melepasi kastam. Tapi beberapa barang kami telah dicampak ke dalam tong sebab kami bawa minuman. Hahaha. Degil. Kan dah tau awal-awal yang liquid lebih 100ml adalah dilarang. Buat perangai sungguh la. Haha. Jadi kami teguk minuman lelaju kat situ jugak. Muka ketat jer pegawai diorang. Air minuman untuk anak aku jer lepas. Itupun sebotol jer dia kasi.

pulang yok
Lepas jer kat pemeriksaan kastam tu, terus kami nampak pintu surau. Wah! dekat airport Jeju ada surau! Bagus. Ada satu pemandangan pelik di Airport Jeju. Aku lihat ramai orang berpusu-pusu dan kelam kabut ke hulu ke hilir, shopping bag bersepah-sepah. Aku tak faham apa yang telah berlaku. Jenuh aku tenung apa yang diorang buat? Benda ni normal dan selalu berlaku ke? Aku tanya orang pun aku susah nak terima hakikat apa yang diorang dok buat ni.

aktiviti ini tak dapat dikenalpasti
Murah sgt ke kome weh?
Kami masuk ke sebuah kedai souvenir dan menghabiskan duit di situ. Ada satu kedai tu, dia jual air chocolate gak. Sedap gila weh. Duit syiling semua kami habiskan di sini. Kami beli Chocolate Oren Jeju. Sedap. Sebab menyesal tak beli awal-awal, kat sini baru pulun nak beli. Tapi harga beza 1000won jer. Tak mahal sangat. Airport ni kecik jer. Tak macam KLIA2 yang ko kena menapak 3 stadium pun tak habis. Kecik jer airport ni.

coklat ni sedap. Aku beli kt kedai souvenir di airport. Depan boarding gate. Kat market pun ada jual
duit syiling yang masih berbaki
Aku dan anak aku duduk berdua. Suami aku seat sebelah tingkap sana. Kami sengaja tak nak beli seat. Jimat. Anak aku terus tidur jer. Senang aku. Atas flight, aku summarize balik percutian aku ke Jeju dalam buku merah aku. Oh, aku tak beli prebook meal. Aku beli meal on flight. Rupanya beli meal on flight sangat mahal. Better korang beli prebook ok. Mahal 6ringgit rasanya. Sebab kami seat belakang, tinggal makanan yang mana ada jer yang dapat dibeli.

selesa tidur
aku summarize balik iti perjalanan
baik jer dia yer. Senang bawak jalan - jalan gini
Aku sampai di Malaysia pada jam 6.44ptg. Secara keseluruhannya, aku rasa sedikit kesal sebab tak dapat masuk ke Yeongmeori Coast. Saranan aku, jangan pergi time musim aku ni. Better pergi musim bunga betul-betul atau autumn. Aku pergi ni masa musim peralihan dari sejuk ke musim bunga. Masa aku bercuti kt Jeju ni, ada lah perasaan nak balik cepat. Rasa letih berjalan 8 hari walaupun aku dah jalan-jalan santai. Masa aku gi German dulu takde plak rasa gedik nak balik. Mungkin Korea tak kena pada jiwa aku kot. Aku still tekad dengan impian aku nak travel ke Europe.

Rakan-rakan yang akan ke Jeju, jika ada sebarang pertanyaan, boleh lah dm kt ig aku @stanzabliss atau komen kat sini pun boleh. Aku selalu jer bukak blog. Nak tips ke ape-ape ke boleh rujuk blog ni. Aku ni kalau pi berjalan, tak suka lah nak selfie banyak-banyak ke apa. Aku suka share apa yang aku lalui, apa yang aku nampak. Korang leh tengok gambar-gambar kt ig aku. Aku suka jika pengalaman aku ni dapat memanfaatkan orang lain.

Rakan-rakan yang baru berjinak-jinak nak gi bercuti tu, pendapat aku, pergilah merantau ke negeri / negara orang. It would change your perception. Suka lah aku ingatkan bahawa, korang tak gi travel pun, duit tu akan habis. Baik pergi jer travel. Book jer tiket flight. Kalau tak reti beli tiket flight, meh aku ajar. No hal. Aku suka encourage orang pergi travel.

Next post, aku akan share lagi tentang penginapan aku di Jeju, IDP (International Driving Permit), makanan, dan lain-lain lagi. Lepas ni aku nak share pengalaman aku yang lepas pulak, yang tak ku nukilkan di blog seperti pengalaman aku ke Perth dan Bangkok. Cerita lapok tapi boleh la aku abadikan di sini buat kenangan. Nak kata traveller sejati tu tak la. Sebab aku dikategorikan lewat juga. Di kesempatan ini lah aku suka untuk kongsi supaya yang lain dapat memanfaatkan masa muda mereka dengan aktiviti berfaedah.


Friday 8 June 2018

JEJU Trip : Day 7 : Seongsan Ilchulbong, Seopjikoji Lighthouse dan Seongeup Folk Village

Lagi sekali kami menggunakan laluan yang sama dari penginapan kami ke Seongsan Port. Tapi hari ini kami akan melencong ke Seongsan Ichulbong. Laluan yang sama untuk ke Seongsan Port, feri untuk ke Udo Island. Kesejukan dan kenyamanan Pulau Jeju buat aku jatuh cinta dengan bumi Korea. Pada hari ini sang mentari elok terpacak naik dan suhu tidak terlalu sejuk, sekitar 10degree. Sangat sesuai untuk ber"outdoor". Aku rasa memang sangat berguna ramalan cuaca di internet ni.

Bayaran dikenakan sebanyak 2000KRW untuk pelancong dewasa. Sekitar parking kereta Seongsan Ichulbong ini terdapat banyak kedai jualan cenderamata, sotong bakar, dan jus oren. So, kat sini boleh enjoy juga cuci mata. Kami beli souvenir di kedai Korean yang boleh berbahasa Melayu di sini. Kedainya terletak bertentangan dengan bilik tayangan Seongsan Ichulbong, berhadapan dengan parking kereta.

Pada asalnya kami tak nak hiking ke atas puncak Seongsan Ichulbong, tapi atas dorongan ibu mertua ku, ku gagahi jua hiking ke atas dengan niat untuk merakam pemandangan dari atas puncak sana. Since, aku tak dapat hiking ke Udo Peak pada hari ke 5 yang lalu. Mama aku teman sampai ketinggian 90 meter jer. Risau pulak aku kalau dia sakit kaki nanti kang.

trek hiking
bermulalah trek hiking ke Seongsan Ilchulbong. Tak sesuai bawa stroller
Seongsan Ichulbong ni terhasil daripada letusan gunung berapi beratus ribu tahun dahulu. Mempunyai ketinggian setinggi 90meter dan berdiameter 600meter. Tapi nak sampai ke puncak, ketinggian dia 180meter. Seongsan Ichulbong ini dikelilingi batu-batu tajam, bentuknya seakan-akan crown.

horse riding
Di kaki Seongsan Ichulbong ni kita boleh enjoy horse riding. Tandas disediakan pada awal trek hiking. Tapi better korang pi tandas siap-siap lah. Trek untuk hiking ni sangat selesa dan santai. Ada beberapa port untuk kita tengok pemandangan di sekitar bandar Seongsan ni. Dari atas ni, kita boleh nampak Udo Island. Pemandangan sangat cantik tak terkata. Satu pengalaman yang amat berharga mendaki ke atas puncak Seongsan Ichulbong.

pemandangan dari puncak Seongsan Ichulbong
Since aku naik sorang-sorang, aku risau juga siapa lah nak amik gambar aku nanti. Tapi bila aku nak  release shutter jer, ade jer orang yang offer kan diri untuk ambilkan gambar aku. Bagus nya orang-orang kat sini. Aku nampak kat sini macam ramai traveller from Korea, China, Indonesia, Malaysia. Tak ramai dari Europe. Kenapa yer? Mungkin sebab musim sejuk lagi kot. Mungkin orang Europe nak musim panas.

Boleh nampak Udo Island
Tak lama pun, tak sampai sejam, aku dah sampai ke atas dengan beberapa kali stop sebab nak tengok view and capture gambar. Rupanya aku baru berada di ketinggian 180m.

Sampai dah puncak Seongsan Ilchulbong
Aku ambil masa lebih kurang 5 minit untuk baca info dan melihat sekitar puncak ni. Ramai jer tourist yang tolong ambilkan gambar aku dan aku pun tolong amik gambar diorang.

Ini lah dia puncak Seongsan Ilchulbong
Antara orang yang bermurah hati tolong ambil gambar aku
Ini lah dia carter tu. Takleh la menapak ke situ. Tengok hat ni jer
Tak lama kemudian aku pun turun. Aku dah start rasa panas. Buat pertama kali aku tak pakai baju sejuk di Jeju. Haha. Nak turun, tangga dia ber"zigzag". Aku mula dahaga. Yer lah, aku ingat nak half way jer. Aku cepat-cepat turun cari yang lain dengan wifi takde nyer. Sampai jer di bawah aku ke hulu dan ke hilir cari wifi. Nak tanya diorang ada kat mana. Rupanya serbu kedai souvenir orang Korea yang boleh cakap Melayu tu. Dia ada ipar orang Malaysia, that's why dia boleh cakap Melayu.

Menuruni Seongsan Ilchulbong
Yang lain dah tunggu lama, aku rasa macam tak patut pulak nak ronda kawasan ni. Kat sini boleh tengok pertunjukan Women Divers. Diorang ni warga emas (wanita) menyelam tanpa bantuan oksigen untuk menangkap hasil laut. Hebat kan? Aku tak berkesempatan nak tengok persembahan diorang.

Yang berbumbung tu tempat tengok Women Divers Performance
Trek untuk turun dah disediakan. Turun belah sini
Kemudian kami menuju ke Seongeup Village sebab kami tak dapat masuk ke Jeju Folk Village haritu. Village ni free entrance. Lepas parking jer terus ada orang sambut. Dia explain sikit-sikit tentang macam mana orang kampung di Jeju ni tinggal.

Dia kasi test madu
Dia cerita yang lelaki duduk rumah, makan tidur. Perempuan yang kena keluar bekerja cari duit sebab dulu para lelaki ni berjuang mempertahankan tanah air, so mereka dibalas dengan layanan yang cukup istimewa. Amboi!

Sampai ke satu rumah perkampungan orang Jeju ni, rupanya orang tu nak menjual air oren dan pelbagai produk tempatan macam minyak urut, minyak sakit kepala, gatal-gatal. Aku ada try air oren tester yang dia bagi. Sedap sungguh. Aku goyah nak beli, tapi risau tak cukup duit. Sudahnya banyak duit lebih aku tak pakai. Haha.

Sekolah diorang kot
Seongeup Folk Village
Lepas tu kami pergi makan di area Seongsan Ilchulbong, baru nak rasa lapar. Adoi, patah balik pulak. Baik gi makan jer dulu tadi. Aku dapat tau dari group BBM yang kedai ni ada Halal Certificate. Kedai ni jual ikan sahaja. Ikan yang hidup di dalam akuarium ni.

Masukkan nombor GPS 7842120
Asam pedas ikan mackerel ni sedap
Ikan mackerel ni sedap oi. Bakor dengan garam jer. Tapi bukan masin. Tapi sedap. Eh susah cakap lah
Lepas semua dah kenyang, kami pergi tengok Seopjiko Lighthouse. Masa ni kan semua kenyang, jadi mengantok lah. Tak rasa pulak nak explore Seopjikoji, tapi nak tengok kawasannyer ada apa. Orang ramai. Maklumlah, weekend. Parking pun agak penuh.

Nun sana tu Seopjikoji Lighthouse
Time ni aku tengok orang mancing. Tak larat dah nak menapak ke sana sebab aku baru jer menapak naik Seongsan Ilchulbong. Risau sakit pulak kaki karang. Ini lah destinasi terakhir kami di Jeju.

Kami bergerak pulang ke rumah penginapan. Balik, kemas baju, dan bertolak ke Kuala Lumpur keesokan harinya.

Akhirnya Aku Dapat Habiskan Pengajian Master in Telecommunications Engineering di UNSW

Term 3 Tahun 2023 iaitu sesi terakhir pengajian aku. Term terakhir bagi aku. Term yang aku selesaikan baki subject yang belum diambil untuk ...