Saturday, 13 October 2018

Berhijrah ke Luar Negara : Ini cara saya

Sebenarnya aku tak kisah pun macam mana bentuk soalan yang korang beri pada aku. Yang mencabarnya adalah untuk explain kat korang. Melainkan korang ada research sikit tentang hal berkaitan. Senang explain dan senang korang fahamkan.

Ramai yang tanya bagaimana cara aku ke luar negara dan ramai yang salah anggap mengatakan aku study master di universiti.

Alhamdulillah. Kini dapat merasa tinggal di luar negara
Rakan-rakan,

Tujuan aku berhijrah adalah untuk aku stay secara sah di sesuatu negara. Bukan master atau PHD yang aku kejarkan. Bukan universiti terkemuka. Tidak. Sama sekali tidak. Bukan itu fokus aku sekarang. Pandangan aku berbeza. Kalau aku ada duit, aku rasa lebih baik aku amik skill course seperti belajar bahasa mandarin, german atau french. Pergi ke kelas muzik atau menjahit ataupun aku ambil course travel and tourism.

Pandangan aku ni aku tak paksa untuk korang bersetuju. Lain orang lain kebolehan. Aku bukan pensyarah. Aku juga bukan student pandai. Aku tau level aku takat mana. Aku rasa pembelajaran aku dulu tak dapat apply pun in a real working life. It just a ticket that you can apply higher level seperti Engineer instead of technician. Seriously, aku belajar dulu untuk lulus semata. Dengan graduate pointer 2.56 takde apa yang perlu aku banggakan. Memandangkan umur pun dah meningkat, ada anak sorang, aku tak dapat nak beri komitmen if heavy study.

Aku ada dapat tawaran UNSW bidang photovoltaic. Deposit yuran $8000

Master memerlukan aku take more effort on assignment, attendance, exam, presentation, dan tutorial. Ianya memerlukan duit yang banyak untuk bayar yuran. Another option is apply scholarship or study loan. Untuk apply scholarship, perlunya persaingan. High possibility untuk dapat. Rata-rata scholarship memerlukan untuk kita  pulang ke tanah air semula. Aku nak stay lama di sini dengan sah. Yuran universiti pula around $40,000 untuk master. Seriously aku tak mampu. Since 2014 aku kejarkan scholarship. At the end tak dapat pun. Sampailah umur aku meningkat dan sekarang aku dah tak mampu nak heavy study. Berapa tahun dah aku bazirkan.

Jadi, ini cara aku untuk berhijrah. Sekali lagi aku tekankan, aku berhijrah ke luar negara adalah untuk tinggal di negara orang secara sah. Bukan kejar master atau higher level. Aku taknak stress life or perkara yang menuntut komitmen. Kalau duduk di luar negara pun aku berhutang sana sini atau stress study, baik aku duduk Malaysia.

Ini cara aku,

  • Aku buka website immigresen beberapa negara.
  • Aku guna tools di website masing-masing yang list out semua jenis visa yang aku boleh apply. Banyak faktor yang mempengaruhi terutama sekali UMUR. 35 tahun ke atas agak susah.  Syukur aku dapat kesedaran lebih awal tapi aku rasakan ini pun dah terlambat. Jadi, aku tak boleh berlengah lagi.
  • Aku compare beberapa negara, jenis visa, kos dan apa hak sesuatu visa

Aku dapati aku layak memohon Work Skill Visa. Dengan ijazah dan pengalaman kerja sebagai engineer aku boleh apply visa ni dan boleh tinggal di sini permanently. Tapi kekangan aku ialah kos dan masa. Aku perlu pindah dengan segera supaya umur aku tidak cecah limit dan masa tak dibazirkan. Lagi aku lengah nanti point untuk aku dapatkan Permanent Resident (PR) tu rendah.

Point yang aku maksudkan. Tapi immi rule akan selalu bertukar. Passing point now is 65.

Jadi, aku try another option.

Option lain ialah student visa. Aku dah mula stress kerana kekangan tahap kemampuan dan yuran universiti.Aku rasa aku tak mampu nak further study master and give a comitment. Mana pula nak cari duit untuk bayar yuran universiti. Otak aku fikir aku perlu apply university dan kena ambik master. Aku yang masih kurang pendedahan ni apply macam-macam universiti dan course master.   Application ke universiti di luar negara bukannya mudah. Setiap kali aku apply, mesti aku tersangkut kat application fee. Kalau kita tak bayar, kita tak boleh mula memohon pun. Ada juga universiti yang at first aku ingatkan free, tapi bila dah isi macam-macam berpage-page, tinggal button submit jer lagi, terus tak dapat send application sebab tak buat bayaran application fee. Rata-rata application fee around $150. Masa tu kita still duduk di Malaysia kan. Darab lah dengan 3. Tak ke RM450?? Itu baru satu application tahu?? Belum lagi application universiti lain. Itupun kalau dapat. Kalau tak dapat? Pengalaman apply universiti di UK dulu free jer. Universiti yang terkenal jer yang kena bayar. Tapi Australia mostly semua kena bayar.

Aku jem masa tu. Terkedu! Aku tinggalkan sekejap semua urusan dunia ni.

Bila semangat tu datang balik, aku mencari lagi. Sampai lah aku jumpa Studynet melalui fb Nora. Aku cuba hubungi Nora. Masa tu Nora sarat mengandung. Dia sarankan aku tinggalkan mesej di page Studynet. Tak lama tu, aku dapat panggilan dari Australia. Eceh! berialah speaking konon nak tau proses macam mana nak masuk Australia. Rupanya Jasni orang Melayu ok!

Satu persatu step diterangkan oleh Jasni dan aku stick dengan keputusan untuk apply student visa. Aku nak berjaya masuk secara sah. Itu target utama. Nak apply visa pun bukan senang since sekarang banyak visa pun kena refused even tourist visa. Once aku berjaya masuk, aku boleh kumpul duit dalam matwang AUD untuk apply visa lain pulak. Mana nak tau pulak kan kalau ada rezki dapat sponsorship visa. Untung juga. Yang penting, aku kena bertapak jer dulu. Berjaya masuk. Student visa is the right choice. Mulanya aku fikir, matilah nak kena masuk U pulak lagi. Rupanya kolej pun boleh. Makanya, belajar lah aku di kolej.

Sebab apa aku taknak masuk universiti? sebab yang aku nyatakan di atas lah. First sekali, aku tak mampu nak beri heavy komitmen on study. Satu lagi sebab yuran. Umur aku yang macam ni, aku nak beri yang terbaik untuk anak dan suami. Kalau ada duit lebih, baik aku hantar anak aku ke kelas swimming, music atau child care. Sekali lagi aku tekankan, cara ini mungkin berlainan dengan korang. Kalau korang ada duit, better ambil master dan sambung di universiti. Kalau results degree memuaskan, mesti senang dapat scholarship.

Ramai orang tanya aku, "further study ke?"

Agak letih juga nak jawab. Or better aku tak jawab? Korang boleh nilai sendiri, aku ada Diploma in Electronic Engineering, kemudian aku ambil Degree in Electrical Engineering and now aku ambil Diploma in Project Management. Niat aku nak stay legally in Australia sekaligus aku ada kelayakan in Project Management.

Yuran kolej masih mampu untuk kami merangkak cari. Pergi kelas pun ikut kau nak datang sehari seminggu atau dua hari seminggu. Hari lain kau boleh kerja. Tapi ada sedikit kekangan, kita boleh kerja 20 jam jer seminggu. Termasuk spouse. Yang ni kena bare in mind. Buat persediaan sepatutnya. Kau perlu yakin rezki tu maha luas, kau pasti tak akan gentar.

Aku cuba elak guna servis agent pada mulanya sebab risau kalau ada cas yang tinggi kena bayar. Aku apply kolej sendiri. Kolej pun rupanya kena bayar application fee juga. Semua ini menuntut aku untuk guna servis Studynet. Aku cuma bayar comitment fee $150 dan aku boleh apply banyak kolej. Studynet give you free advice. No charge. They speak your language. So, senang faham. Diorang explain satu persatu step dan anggaran kos kena bayar.

Ini kos aku, suami dan anak sorang umur 3 tahun :


IELTS : RM845

Translate dokumen : RM30 per page

Yuran kolej ACBI : $1650 = RM4950
including :
  • 1 term $1400
  • Material fee $150
  • Enrolment fee $100

Insurance 3 beranak setahun + 3mths : $4164 = RM12,813.04


Student visa (500) : $1145 = RM3515.15
including:
  • Student visa : $575
  • Suami : $430
  • Anak : $140

Medical check up : RM786
including : 
  • Aku : RM298
  • Suami : RM298
  • Anak : RM190

Biometric x 3org : RM117 x 3org = RM351

Flight Ticket AA Penang - Kul - Sydney : RM476 x 3org = RM1428.86

83kg luggage AA Penang - KUL - Syd : RM673

Post barang from Malaysia : PC, kasut, buku : RM660

Deposit sewa rumah : $350 x 8 weeks = $2800

Opal card :
Simkad :
Photo id : $58

Cash in hand : ~$6000


Honestly, aku start semua ni dengan hanya modal duit yuran sahaja. Kalau aku tak pergi travel mesti aku ada modal lebih dari ini. Gatal juga nak travel even dah niat nak migrate. Kalau aku tunggu duit berkepuk baru nak mulakan semua ni, alamatnya entah bila lah aku dapat migrate. Aku sediakan duit ikut satu persatu urusan. Bila aku sattle bayar yuran, aku usahakan untuk duit insuran. Lepas tu aku usahakan pula untuk duit visa. Once dah ada niat dan start bergerak, duit tu ada jer datang. Rezki Allah kasi. Memang miracle. Aku diberhentikan kerja semasa aku dalam proses menunggu visa. Right timing. Rezki duit pampasan. Punya lah bertahun aku tunggu saat ni. Rupanya Allah kasi peluang ni pada tahun 2018 dengan anak dan suami.

Kos yang paling hurting so much ialah kos insuran. OSHC (Oversea Student Health Coverage). Manakala aku masih mengekalkan insuran di Malaysia. Aku bayar siap-siap untuk setahun. Modal memang kena banyak. Rumah yang aku jual masih belum dapat bayaran lagi. Kereta pun aku jual dan masih terhutang dengan bank, maka keluar lagi modal untuk sattlekan hutang bank. Kalau korang apply single, insuran dalam $600 jer.

Ini pula timeline aku jika tertanya proses diambil berapa lama.

Feb 2017 : Travel to Perth
Decide nak migrate
Survey cara to migrate


28 Feb 2018 : Contact studynet
 

19 March 2018 : Submit document to Studynet
Centerburry College reject
Apply WIC College

8 May 2018 : Apply Maxis Scholarship

9 May 2018 : Dapat conditional offer from WIC College
Apply MARA
Apply Australia-Asean Scholarship


14 May 2018 : Register IELTS
Digital interview Maxis Scholarship


19 May 2018 : Seat IELTS exam kat Cititel Hotel 
20 May 2018 : Translate dokumen
23 May 2018 : Personality test MARA 

26 May 2018 : Translate sijil nikah
Amik balik semua dokumen translate di mahkamah kulim

1 June 2018 : Results IELTS keluar di website
5 June 2018 : Results IELTS yg TRF form self collect di Airpak Butterworth
6 June 2018 : Send semua document require kat Jasni
12 June 2018 : Dapat offer ACBI
26 June 2018 : Bayar yuran kolej ACBI
28 June 2018 : Dapat COE

3 July 2018 : First log in immi account 
Ini baru part isi application, belum submit lagi

7 July 2018 : Beli OSHC insuran
18 July 2018 : Lodge visa 
Ini baru betul-betul submit application dan buat bayaran. 

24 July 2018 : Buat medical Check up
31 July 2018 : Buat biometric
Selesai step ni means visa baru mula proses

9 Aug 2018 : Dapat keputusan visa
Tapi aku check email pada 10 August 2018, rupanya dapat visa semalam lagi
Masa menunggu visa 11 hari.
Hari ke 10 dah dapat jawapan.



*date random yang mana aku ingat jer


Ada juga yang tanya, "kenapa tak apply scholarship?".

Ok ini jawapan untuk korang. Tengok list di atas. Bukan tak apply. Even aku tak yakin, aku apply juga. Actually since 2014 lagi. Offer dari universiti boleh dapat. Tapi bila apply scholarship, awal-awal lagi aku kecundang sebab pointer degree. Aku pun tak nak belajar dah. Aku nak give better education pulak kat anak aku. Taknak nanti anak aku pun tak minat study macam aku. Biar anak aku dapat pendedahan study di luar negara. Aku pun taknak heavy study. Jadi, tak perlu runsing soal scholarship.

Dengan student visa yang aku dapat ni, InshaaAllah aku boleh kumpul duit untuk apply visa skill profesional yang membenarkan kita stay permanently. Kalau masih stay di Malaysia, aku kena kumpulkan RM. Dengan peluang yang ada ni, aku boleh kumpulkan AUD. Aku rasa ini cara yang terbaik untuk beri aku pengalaman tinggal di sini. Kalau aku tak suka life sini, aku still boleh balik ke Malaysia. Aku boleh belajar dengan santai di kolej ni. No stress. No exam. Aku boleh dapat diploma in project management sekaligus pengalaman tinggal di luar negara. Course ini disarankan oleh agent Studynet yang bersesuaian dengan background study dulu. Taknak nanti proses application visa jadi rumit. So, aku follow jer. Tak kisah pun. Still boleh lagi catch up level gini. I dont mind any city. Kolej mana yang aku dapat, aku akan stay di situ. Asalkan dapat offer letter dan berjaya masuk secara sah.

LIVE + WORK + STUDY

Aku akan ceritakan lebih detail lagi step by step untuk panduan korang yang nak stay luar negara atau nak sambung study di Australia. Boleh guna panduan ni sebagai rujukan.



You can Live, Work and Study here. Asalkan ada duit. Semua boleh.


21 comments:

  1. Tertunggu untuk next entry. ��

    ReplyDelete
  2. wow great sharing! nnt nk baca jugakkk next part 👍🏿 mmg bukan senang kan nk buat sesuatu tu..tp mmg salute lah sbb sgt berani untuk gerak je jugak. alhamdulillah if suami pon ok je nk migrate jugak adela kekuatan jugak nk redah kan, kalau tak dh tmbh satu hal lain pulak..moga dipermudahkan segala urusan kat sana yea insyaAllah..

    ReplyDelete
  3. bila baca sampai habis rasa seronok dapat belajar kat negara orang tapi bila kenang proses yang rumit tu erm terpaksa fikir dua tiga kali. yup nak belajar kat australia ni ada duit semua boleh jalan. tak sabar nak tunggu entri seterusnya.

    ReplyDelete
  4. Thank you for this sharing. very informative.

    boleh tahan juga 'cabaran' tu ye terutama dari segi kos. All the best di tempat orang.

    ReplyDelete
  5. seronok baca pengalaman orang. teringi juga nak migrate ke negara lain tapi itulah, mcm step pula nak kena ikut. teringin jugak nk ke australia sbb selalu tengok orang travel ke sana, tengok gambar semuanya nampak seronok. terima kasih share ya :)

    ReplyDelete
  6. Seronok baca pengalaman orang yang stay di negara luar. Bukan mudah untuk daoatkan PR sesebuah negara ya. Banyak juga step yang kena buat. Macam nak apply visa pun kena betul betul decide yang mana sesuai kan. By the way bila ti ggal di negara orang sebenarnya beri kita satu pengalaman yang menyeronokkan

    ReplyDelete
  7. Thanks for sharing these insights it's good to know and if I have the chance in the future I'll love to move to the city I love.

    ReplyDelete
  8. Thanks sebab share step-by-step in detail.
    Lots of new information there. Really helpful. Thanks

    ReplyDelete
  9. Bagus lah ada juga niat nak pergi luar negara dan bekerja kat sana tapi buat masa ni memang tak mampu lagi tak cukup cash on hand tu hehehee but good info yang boleh banyak ambil kat sini...

    ReplyDelete
  10. Good tips untuk keluar dari Malaysia. Lain orang lain impian dan cara hidup dia kan? Can't wait for the next entry!

    ReplyDelete
  11. Tu lah..yang penting kena ada duit baru semua boleh jalan. Kagum dengan kegigihan dan keazaman nak berhijrah ke Aussie. Tak pernah terfikir pun agak susah juga ye nak migrate. Huhu. Hope urusan awak mudah la kat sana :)

    ReplyDelete
  12. teringin nak tau apa jadi seterusnya.. dulu pernah juga berangan nak migrate tapi takde kekuatan sampai sekarang dah beranak pinak pulak.. haha..

    ReplyDelete
  13. best baca cerita ni sebab banyak info dapat dan pengalaman tu ajar kita yang baca ni lebih faham dengan jelas situasi kalau nak migrate. pernahlah ada impian nak migrate tapi sekarang pun dah 30. lagi meningkat umur, lagi susah kan. btw all the best kat tempat orang. moga Allah mudahkan semua urusan.

    ReplyDelete
  14. Sesekali tak salah keluar negara utk migrate atau study.. klau diberi peluang nak je ke negara org..even my cousin mmg belajar dan terus bekerja disana. Diaorg happy dan ada 4 org anak yg lahir disana.tgk macam best tapi perlu banyak pengorbanan la kan..

    ReplyDelete
  15. Wahhh menariknya. Banyak info boleh dapat lepas baca ni. Kalau diberi peluang, saya pun nak merasa hidup di negara orang juga.

    ReplyDelete
  16. Don't know if I will ever be able to migrate to another country but I would like to think that there's a small shop small

    ReplyDelete
  17. Wow a very intricate comprehensive post about your desire to travel to another country. wish I could do the same as well but I have settled down here and I don't think I wanna disrupt my family and children's life anymore. Still it is fun reading how you go to great lengths to explore and find ways to fulfill your dreams. :)

    ReplyDelete
  18. Nice interesting post to read. Never been easy to work or migrate at other country. Best of luck to you!

    ReplyDelete
  19. Hai Gan... Artikel Yang Sangat Bagus dan Memberikan Informasi Yang Bermanfaat..^^
    Terima Kasih^^
    Dan Mohon Untuk Izin Comment yah Gan^^

    MickeyMouse
    Bandar Togel
    TOBA4D
    SLOT GAMES
    SGP TOGEL
    Bandar Togel
    Hongkong Pools
    Casino Online

    ReplyDelete

Urusan Sekolah Anak di Sydney, Australia - PART 1 : Parents Seminar

Ada tiga sesi antara pihak sekolah dgn parents. Sebab aku daftar lambat, sempat pegi satu seminar jer. Bermula dengan sesi pendaftaran, Wa...