Tuesday 17 December 2019

Medical Check Up di Australia : BUPA Medical service

Ini merupakan kali kedua pengalaman kami sekeluarga buat Medical check up untuk permohonan visa. Pertama sekali semasa di Penang. Kali ni kami merasa pengalaman buat medical check up pula di Australia. Juga untuk visa.

Dulu aku buat medical check up di Malaysia semasa nak apply visa ke Australia: - offshore application. Kali ni, aku berada di Australia, visa nak habis, aku apply baru dan buat medical check up sekali lagi : - Onshore application. Macam aku, dari student visa ke student visa yang baru. Ada juga yang dari visitor visa nak apply ke student visa, yang tu kena buat medical check up di Australia. Kalau apply visa DARI Malaysia, ada satu lagi tambahan, kena buat Biometric di Wisma MCA. Kalau apply visa di Australia, tak perlu buat Biometric.

Balik dari medical check up pergi jalan-jalan dan nampak bridge ni twisted to allow ferry pass through.

Selepas aku submit permohonan visa buat kedua kalinya, macam biasa, action require next is Medical Check Up. Prosesnya sama juga seperti di Malaysia, kena buat appointment. Cuma di Australia terasa lebih mudah dan lancar.

Untuk book appointment date for medical check up, aku hanya buat online. Dulu di Malaysia aku call. Kalau kat Malaysia ada dua center jer di Kuala Lumpur atau di Penang. Dekat Australia lebih banyak center specific for Visa purpose.

Aku buat booking pada hari Jumaat, aku nak buat medical check up pada hari Isnin berikutnya. Rupanya tak boleh. Dalam online booking, hanya 5 hari in advance jer yang dia provide untuk kita. So, aku pun nak ikut date yang dia sarankan iaitu Khamis. Tapi aku gagal juga untuk buat booking sebab rupanya kalau tengah period tak boleh buat medical check up. 5 hari selepas period baru boleh buat medical check up. Makanya, hari terakhir aku period tu, aku mulakan sekali lagi buat booking.

Tiba hari nak buat medical check up, kami naik train dan turun di station Wynyard. Malam sebelum tu aku dah cerita kat Wafiya, kita kena buat medical check up. Wafiya so excited. Kami berjalan kaki lebih kurang 300 meter, sampai lah ke Bupa Medical Center di level 1, 35 Clarence St.

Di pintu, ada staff yang menyambut kami dengan senyuman. Kami tunjukkan passport dan dia check. Kemudian kami duduk. Ikutkan appointment kami bermula pada pukul 12.30 tengah hari. Tapi kami masih lagi kena menunggu sehingga jam 1 petang baru kami dipanggil.


Kaunter depan di pintu masuk. Staff sambut dengan senyuman mesra dan check ID kita.

Pertama sekali mereka akan check detail dan ambil gambar. Kemudian dia bagi satu folder mengandungi dokumen butiran perkara yang perlu di check iaitu  Xray dan doctor check. Dokumen dan passport diletakkan dalam folder tersebut. Kami masuk ke satu bilik lain, menukar pakaian dan kami diberi locker untuk tinggalkan barang berharga dan juga handphone. Kemudian kami menunggu nombor kami dipanggil untuk urine test. Kami bertiga masuk sekaligus untuk urine test, check berat, tinggi, mata, tekanan darah. Tandas disediakan di dalam office GP tersebut. Tak perlu bawa air kencing merata2. Kalau di Malaysia, merata pulak pi tunjuk kat orang botol air kencing kita. Huhu.

Kemudian kami keluar dan menunggu semula untuk Xray. Kali ni aku masuk sendiri dulu, kemudian bergilir dengan suami aku. Wafiya kena duduk di luar.

Apabila selesai, nombor kami dipanggil lagi sekali untuk berjumpa GP. Aku prefer doctor perempuan sebab dia akan check the whole body aku kan. Kami di interview oleh GP tersebut. Kemudian dia akan submit medical report tu ke immigration. Doctor pun sangat friendly dan pandai layan kanak-kanak.

Selesai.

Basically, medical check up untuk permohonan visa ni adalah urine test, physical test like mata, berat tinggi. Kemudian, Xray dan doctor check body dan interview a few question about medical history.

Tukar baju untuk siap pergi Xray. Barang letak dalam locker.

Wafiya is very smart girl. Dia menunggu dengan sabar, tak banyak kerenah. Kelakarnya dia menarik perhatian staff di BUPA. Aku mempersiapkan mental Wafiya untuk pergi check up supaya dia didedahkan dengan apa yang akan kami lalui pada hari tersebut.

Selesai urusan, kami mengambil passport kami semula dan menukar pakaian.

Ok, kalau nak cerita medical check up fee di Australia.

Medical check up di Australia:

Aku : $321.20
Suami : $321.20
Anak : $232.40

Dan ada kredit card surcharge 0.5% each person. Check up di Australia, bayar semasa buat booking appoinment online.


Medical check up di Malaysia:

Aku : RM298
Suami : RM298
Anak : RM190

Check up di Malaysia, bayar selepas selesai check up.


Harga ni mungkin akan berubah di tahun hadapan. Basically, kalau berubah harga, lebih kurang harga ni lah. 
 

Visa kita akan mula diproses selepas buat medical check up. Untuk buat medical check up, kena submit visa dulu, kemudian kita akan dapat satu message where medical check up is required dan disertakan untuk kita dokumen referal untuk buat medical check up. Adanya dokumen tu, baru kita boleh book appointment. Macam aku, aku submit visa hujung November. Tapi aku buat medical check up in mid December. So, kiranya immi start process in December lah. Aku buat medical check up lewat 2 minggu sebab yang aku ceritakan di atas lah. Kalau period, tak boleh buat medical check up dan kena buat selepas 5 hari period. Dan kalau perempuan mengandung pun tak leh selesaikan juga medical check up sebab kena Xray. Aku tak pasti kalau mengandung, macam mana nak buat medical check up. Jadi, aku plan buat masa ni, tak mengandung lagi lah demi melancarkan urusan permohonan visa. Tak salah merancang untuk gain something yang will benefit us later.


Selesai buat medical check up, kami tiga beranak berjalan-jalan sekitar Sydney City. All of these within in walking distance.


Clarence Street

Queen Victoria Building

Tumbalong Park. Kanak-kanak boleh main air.

Darling Harbour


Hanya ada di waktu summer.

Monday 16 December 2019

Langkah Awal Jika Berniat untuk Berhijrah ke Luar Negara

Aku baru teringat yang aku tak kupaskan lagi apa yang perlu dibuat kalau korang ada niat untuk berhijrah ke luar negara. Aku ada cerita kat facebook jer rasanya.

So, post kali ni aku nak share apa yang perlu korang buat kalau ada niat untuk berhijrah.

Tapi kali ni aku nak kupaskan dalam bentuk video.

Ya Rabbi... aku ingatkan mudah la nak buat video. Susah rupanya. Bukan susah edit ke apa, susah aku rasa untuk express kan muka tu kat depan camera. Haish. Banyak video yang tak jadi.

Aku siap tulis kat kertas "SENYUM" supaya aku kekalkan senyuman. Tapi bila aku letih bercakap termasuk video yang tak jadi tu, terus mood aku down dan tak larat senyum.

Aku kagum lah kat youtuber yang lain especially yang buat Vlog. How diorang maintain dan gigih buat video. Aku baru first video ni pun aku rasa penat dah.

Mungkin, alah bisa tegal biasa.

Aku rasa malas dah kot nak buat video bercakap-cakap ni lepas ni. Haha. Aku tengok muka aku sendiri pun segan. Inikan nak buat video sendiri dan upload kasi orang tengok. Harap korang jangan meluat dah la.



So, content video ni bukanlah proses teknikal yang perlu dilalui dalam proses penghijrahan, tapi video pertama aku ni adalah tentang langkah awal kalau ada niat. Ha. Kalau ada niat, apa yang perlu dibuat, macam tu lah.

Keputusan nak tinggal di luar negara ni bukan suka-suka dan bukan mudah. Makan masa bertahun juga. Keputusan ni jadi lama bila perasaan disulam oleh rasa takut dan tak yakin. Ha, yang tu pun akan makan masa juga.

Buatlah keputusan yang sebaiknya. Kadang-kadang, cita-cita nak berhijrah ke luar negara hanya sesuai untuk certain orang jer. Tambah lagi hubungan kekeluargaan yang sangat rapat yang di mana tiap minggu ada jer aktiviti bersama keluarga. Haa yang tu aku rasa, korang fikir banyak kali lah kalau nak duduk luar negara. Aku risau korang sakit mental pulak nanti.

Tapi, pendapat aku lah, aku rasa korang perlu cuba sekali dalam seumur hidup korang bagaimana rasa dan nikmati pengalaman hidup di luar negara. Must try once in a lifetime! Kena cuba. Berani ke takut ke, kena cuba at least sekali dalam hidup. Pengalaman tu sangatlah berharga. Lain dari yang lain. Rare kot!

Kalau ada rezki tu korang cuba lah yer. Aku suggest sebab aku dah lalui nya. Pahit ke manis ke, aku telan sebab aku nak kan PENGALAMAN. Aku rasa bangga kerana aku berjaya mencuba. Bukan bangga sebab aku duduk luar negara. Aku BANGGA sebab aku CUBA. Berjaya atau gagal aku tak kisah. At least aku pecah tembok untuk MENCUBA.

So, harap korang boleh lah terima video pertama aku ni. Jangan lupa subscribe. Subscribe itu gratis ya! Tak rugi pun korang subscribe. Mana tau kalau ramai orang subscribe, aku lebih bersemangat nak buat video lain pulak.

Terima kasih kerana menonton dan subscribe dan like dan share :)

Till then, bye!

Friday 6 December 2019

Towards the Unseen Future

Pernah tak, dulu kita terbayang apa akan jadi kat kita lagi 5 tahun? 10 tahun?

Takde sape pun tahu, kan?

Sekarang, cuba kita toleh kembali ke belakang,

"oh.. rupanya lagi 5 tahun tu...lagi 10 tahun tu... aku di sini. Jadi begini. Hidup di sini..."

Masa depan tu penuh misteri.

To the bright future
Kita tak jangka, kita tak duga. Kadang kita buat sesuatu keputusan yang melibatkan masa depan kita tu, kita tak pasti. Adakah baik ataupun adakah kesan buruk bagi kita.

Kita kena cuba. Berdoa moga Allah tunjukkan jalan yang terbaik untuk kita.

Bila tanya aku sekarang, berapa lama aku akan stay di Sydney, aku pun tak pasti. Aku tak ada jawapan. Beberapa kali juga aku bingung. Sudahnya aku tak nak fikir. Just keep walking. Prepare plan A or B.

Jauh di sudut hati aku nak juga balik semula ke Malaysia. Aku rasa Malaysia sangat best. Tapi, untuk balik semula ke Malaysia, biarlah punya persediaan yang cukup dari segi financial untuk mulakan hidup baru.

Ramai orang mengimpikan pengalaman hidup di luar negara. Ya. Bagi aku, peluang begini perlu dikecapi once in a lifetime. Jika korang ada peluang, harus cuba bagaimana hidup di perantauan.

Bagi aku, aku nak raih pengalaman di rantauan. Bagi orang lain, mungkin ada yang ada target untuk cari rezki, untuk dapat higher education, ada yang dipindahkan tempat kerja, ada yang mengikut pasangan.

Kalau dulu, hidup di luar negara ni adalah angan-angan aku sejak kecil. Aku pernah give up di kala aku lelah berusaha. Aku pernah rasa yang aku mustahil untuk dapat. Tapi itulah vision board aku yang akhirnya aku dapat juga kecapi di waktu yang tepat dengan insan yang tepat. Rupanya, Allah tunaikan impian aku ini sekarang. Bukan dulu. Bukan lagi 20 tahun lagi.


Kalau tanya kawan-kawan sekolah aku dulu, mesti diorang kenal aku sebagai seorang yang loser. Ya. Aku rasa satu kesilapan juga masuk ke sekolah teknik dulu. Aku kenal dengan insan yang salah yang akhirnya menghancurkan semangat membara aku untuk kejar keputusan SPM yang cemerlang. Aku kecundang. Sekali lagi impian aku untuk meniti jalan yang aku rasa belajar di luar negara itu adalah peluang untuk aku merasai kehidupan lain dari tanah air. Aku tewas dengan perbuatan manusia yang mengecewakan perasaan aku dan memberi impak yang besar sampai aku tak fokus belajar. Silap. Aku silap masuk sekolah teknik dulu. Padahal elok jer kalau aku bersekolah di sekolah asal aku di kampung.

Oleh kerana keputusan SPM tak bagus, aku hanya layak ke politeknik. Walaupun ada juga beberapa noise yang buat aku kurang selesa untuk menimba ilmu di sini, tapi aku ada kekuatan lain untuk aku perbaiki apa yang aku dah lalui semasa di sekolah teknik dulu. Alhamdulillah, di politeknik aku dapat juga skor pointer yang memuaskan. Aku berpeluang mendapat pekerjaan yang bagus sejurus selepas aku selesai peperiksaan akhir semester.

Namun, sekali lagi aku rasa aku silap menyambung pelajaran di universiti. Aku sekali lagi tewas dengan perbuatan manusia yang menganggap perasaan hanya mainan. Aku tak dapat skor keputusan yang baik sepanjang pengajian aku di universiti. Aku mula rasa kesal. Alangkah elok jika aku terus kerja di Intel. Gaji yang bagus, rakan sekerja yang baik. Aku pun tak sangka, sebaliknya pula kesan yang aku dapat. Pointer yang kurang bagus ni sekali lagi menggagalkan aku untuk mendapatkan biasiswa untuk melanjutkan pengajian master di luar negara. Terkubur sekali lagi harapan aku.

Aku cepat-cepat mengakhirkan zaman bergelar siswazah. Walau keputusan macam sampah, aku tak nak repeat sem untuk perbaiki. Aku perlu keluar dari zaman ini secepat yang mungkin. Cukuplah manusia-manusia yang pernah hadir dalam hidup aku setakat ni. Aku perlu kehidupan baru. Kehidupan bersemangat untuk kejar cita-cita aku.

Alhamdulillah, aku mendapat kehidupan baru semasa aku bekerja. Di tempat baru, orang-orang baru. Semasa aku bekerja, aku kejar semula cita-cita aku. Aku buat apa yang aku suka. Aku dapat travel ke sana sini. Aku merasakan yang sepatutnya zaman muda aku, zaman bergelar siswazah sepatutnya aku habiskan dengan menjelajah, meraih pelbagai pengalaman. Tapi pengalaman lain pulak yang aku dapat. Aku yang sia-siakan zaman belajar dulu.

Sehinggalah tahun 2018, timing yang cukup cantik, dengan pampasan yang diberikan oleh company tempat aku bekerja, aku dapat kejar cita-cita aku semula bersama suami yang menyokong dan punya impian sama dengan aku.

Kalau dulu, takde sapa pun jangka aku boleh pergi sejauh ini. Dulu orang pandang aku sebelah mata. Aku pun rasa diri aku macam sampah. Tak berguna. Loser. Ya, perjalanan aku panjang dan lambat. Kalau dulu mungkin korang dah terlebih awal sampai. Aku redha, sebab perjalanan yang lambat ni pun atas kesilapan aku jugak.


Apa yang aku lalui ni, aku nak share pada insan-insan yang punya impian sama dengan aku. Aku nak bantu dan tunjukkan jalan, cara bagaimana korang boleh berhijrah dengan cara yang betul. Aku nak dorong korang supaya korang yakin korang dapat capai juga impian nan satu ini.

Macam aku cakap tadi, pengalaman hidup di luar negara ni sangat berharga di mana korang perlu cuba sekali seumur hidup. Korang perlu uji dayatahan diri korang, mampu atau tidak untuk keluar dari zon selesa. Dari situ lah kita dapat bina jati diri. Attitude perlu dijaga untuk membina society yang harmoni.

Homesick oii!!!

Walauapapun, walau sejauh mana sekalipun aku merantau, aku akan pulang juga ke tanah air tercinta. Aku suka Malaysia. Aku bangga menjadi warga Malaysia. Walau korang cemuh negara yang korang duduk, percayalah, perasaan cintakan negara tu lebih kuat apabila korang berhijrah jauh.


Now, aku pun memikir apa yang akan berlaku pada tahun hadapan, tahun berikutnya dan juga seterusnya. Yang aku tau, aku nak ke arah

minimalis.



"Less stuff, less clutter, less stress."
.
"More time, more meaningful, more growth, more contribution and more contentment."

Tuesday 29 October 2019

Jalan - jalan Sydney : Camel Ride at Anna Bay, New South Wales

"Unta padang pasir pun tak malas macam ante lah~"

Dialog terkenal dalam drama P.Ramlee.

Ya. Kat sini pun ada unta padang pasir. Tapi kena memandu jauh sikit lah. 3 jam ke atas dari Sydney CBD.

Camel ride

Ini adalah tempat paling teratas yang aku pernah travel sepanjang duduk di Sydney. Selalu aku layan di bawah jer. Paling jauh ke Mt. Perisher bermain salji. Kadang aku rasa macam pergi melancong jer duduk sini. Tapi tak balik balik lah. Haha.

Dalam perjalanan tu adalah singgah taman untuk makan. Best betul dapat culture macam ni. Bukan susah pun untuk cari tempat berhenti berkelah dan makan. Kat mana-mana pun ada tersedia tempat untuk berkelah dengan kemudahan dan kelengkapan lengkap.

Berhenti berkelah

Ada jugak kami terjumpa ladang buah-buahan. Ada limau, lemon, strawberry. Ada stall untuk beli buah. Duit bayaran hanya tinggal kan di dalam bekas yang disediakan. Jujur!

Buah oren

Buah lemon

Sebelum sampai kita akan tempuh University New Castle. Bolehlah tengok kawasan university dan macam mana student life kat sini. Sangat tenang.

Tak sedar pun yang ini rupanya universiti

Nak jumpa si unta padang pasir ni boleh pergi ke Anna Bay yang terletak di Port Stephen masih di dalam state New South Wales. Kalau memandu ke atas lagi boleh sampai ke Port Macquarie sehinggalah ke Gold Coast.





Sampai jer di perkarangan parking dari dalam kereta tengok luar rasa macam panas terik. Tapi bila turun kereta, sejuk dan angin kuat.

Selain menunggang unta, banyak lagi aktiviti lain yang disediakan. Siap duit jer! Boleh naik 4WD. Boleh sandboarding.

Harga untuk camel rides

Sandboarding ni best and fun. Selalu orang main kt Lancelin di Perth.

Tapi kami satu apa pun tak try. Unta tu busuk! Hahaha. Kami just ambil gambar. Menikmati pemandangan. Layan angin tepi pantai. Singgah ke toilet.

Trip ringkas ni special untuk mertua ku yang nak pulang ke Malaysia setelah menetap dengan kami selama 3 bulan. Kami balik hari jer.

It is long journey. Jadi kami dapat spend masa bersama berbual-bual sambil menikmati pemandangan indah jauh dari kotaraya Sydney.

Sebelum pulang, kami singgah ke masjid Sultan Fatih yang terletak di New Castle. Bagi kami, amat selesa. Tandas yang bersih. Telekung disediakan. Tempat ambil wuduk wanita pun ada. Wafiya kami biarkan bermain bersama anak-anak penjaga masjid ni. Kediaman mereka di dalam perkarangan masjid ni juga.

Masjid Sultan Fatih

Nice. Aku hidup kat sini memang tak ada cash. Semua jadi mudah bila menderma pun hanya tap Kad

Kami difahamkan ada masjid baru yang terletak di New Castle. Tapi kami tak pasti di mana.

Selain aktiviti camel ride di Anna Bay, boleh juga mencuba aktiviti Toboggan di Toboggan Hill. Yang itu korang sendiri google lah di mana.

Wednesday 2 October 2019

10 Tempat Membeli-belah Wajib di Sydney, Australia.


1. Chemist Warehouse

Orang Malaysia kalau sebut Chemist Warehouse pasti naik gila. Mana tidaknya, di sinilah lubuk shopping perfume dan supplement murah. Kalau datang kena pada masa sale, habislah kaum lelaki, baik pergi mengopi jer lah. Aku suka kedai ni. Susun atur kemas. Sentiasa memaparkan harga sale dengan baik. Siap ada tarikh sale sampai bila. Yang kuning tu harga sale. Yang merah tu harga biasa. Kaunter bayaran sentiasa laju kalau ramai orang beratur pun.

2. Kmart

Terdapat pelbagai barangan yang cute dan berkonsepkan Scandinavi di sini. Para ibu yang mempunyai anak kecil pasti suka beli pakaian anak-anak. Boleh dapat tshirt kanak-kanak berharga $3 sehelai dengan kualiti kain cotton yang sangat bagus. Toys yang diperbuat daripada kayu amat digemari oleh rakyat Malaysia. Stationary comel-comel juga boleh dibeli untuk dibawa pulang.


3. Target

Seperti Kmart, Target juga banyak wooden toys yang pelbagai. Barang mainan yang dijual di sini kebanyakannya berkualiti tinggi dan anak-anak boleh merasai pengalaman sebenar melalui permainan mereka. Ada item yang aku suka beli di Kmart. Ada item yang aku suka beli di Target.


4. BigW

BigW menjadi pilihan sebagai pusat membeli-belah pelbagai jenis coklat. Jangan risau, banyak coklat yang diperakui halal. Penggemar set pinggan mangkuk Corelle atau Pyrex boleh juga shopping di sini. Berbaloi juga kalau ada sale. Big W juga selalu buat sale. Dengar kata Big W akan ditutup nanti.


5. Bonds

Amat mustahil jika ibu-ibu di Malaysia tak kenal brand Bonds, originally Australian Brands. Menjadi pakaian harian bagi anak-anak di Australia kerana harga yang murah. Semestinya murah dengan menggunakan Australia dollar. Sehelai wondersuit boleh didapati dengan harga $7. Kalau kat Malaysia, Bonds ni lambang kekayaan. Tapi kat Australia, Bonds ni pakaian harian buat rakyat marhaen juga.



6. DFO Homebush

Syurga barangan berjenama terletak di sini. Antara barangan yang boleh didapati ialah pakaian, handbag dan kasut. Naik gila jika shopping masa sale. Boleh dapat sehelai seluar jeans Levis berharga $10. Tapi limited saiz lah.



7. Darling Harbour

Selain shopping, di sini juga mempunyai pelbagai cafe jika letih membeli-belah. Di sini juga letaknya Hard Rock Cafe Sydney. Terdapat pelbagai pakaian berjenama seperti Cotton On, Rubi, Bondi Beach. Kat sini selalu orang lepak minum kopi jugak. Dan sangat dekat dengan attraction place yang lain.


8. Coles

Jika di Malaysia terkenal dengan Tesco, Mydin dan Giant, di Australia pula Coles menjadi pilihan rakyat di sini untuk membeli-belah groceries. Ada beberapa item yang menarik untuk dibeli seperti Cookies Chocolates, Barista Bros, dan Lamington bars.



9. Paddy's Market

Souvenir, barangan kraft tempatan, pakaian, sayur-sayuran dan buah-buahan boleh didapati di sini. Perlu diingatkan Paddy's Market ditutup pada hari Isnin dan Selasa. Jadi, rancang itinerary anda dengan baik. Anda boleh dapatkan keychain koala dan kangaroo sebagai cenderamata dengan harga yang berpatutan.


10. Best & Less

Baju kanak-kanak dengan harga yang murah dan kain berkualiti dijual di sini. Sehelai tshirt dan legging berharga serendah $2 material cotton sangat selesa untuk anak-anak. Ibu-ibu pasti borong sakan. Kalau masuk musim sejuk, kedai ni jadi pilihan aku.



Ada lagi tempat lain yang menarik untuk membeli-belah. Saya kongsi yang ini dulu buat masa ni. Simpan siap-siap post ini buat rujukan di masa akan datang.

Sunday 22 September 2019

Jalan - jalan Sydney : Selwyn Snow Resort

Buat entah ke berapa kali tahun ini kami bermain salji. Tahun ni jer 3 kali turun ke snow resort. Cemuih dah.

Kali ni nakkan kelainan, taknak ke Mt. Perisher dah. Kami try usha apa yg patut kat Mt. Selwyn pulak.








Antara dua snow resort ni, best lg Mt. Perisher. Kat sini line internet pun takde. Tapi fee dikenakan kalau nak main ski di Selwyn lebih murah. Yerlah, kurang tumpuan pelancong di Mt. Selwyn ni. Kalau nak dikira jarak dari Sydney CBD tu lebih kurang lah kalau nak ke Perisher pun. Kalau firt timer better pergi Mt. Perisher.

Tak boleh main toboggan sebarangan kalau kat sini. Mt. Perisher boleh. Kena bayar dan main kat kawasan yang disediakan. Nak try tubing tapi close pulak.

Kami sampai ke sini di awal musim bunga. Salji masih ada tapi tak banyak. Cukup2 untuk buat bergambar jer. Nak kasi bapa mertua merasa salji.





Selepas usha-usha apa yang patut kat Selwyn ni, kami naik lagi sejam ke atas untuk menjejakkan kaki ke Highest Town in Australia iaitu Cabramurra.


Friday 20 September 2019

Jalan - jalan Sydney : Floriade Tulip Festival at Canberra

Satu lagi benda baru bagi aku. Ingatkan kat Turki or Netherland jer boleh tengok Tulip. Rupanya kat Australia pun ada. Kalau nak pergi event besar gini, kalau dari Sydney 3 jam memandu.

Tapi ni bukan dalam state New South Wales tau. Kena keluar dari NSW. Floriade Tulip Festival ni diadakan di Commonwealth Park, Canberra. Canberra ni dalam Australian Capital Territory. Korang tengoklah map lagi afdhal.

Ada juga tulip yang dekat sikit dengan Sydney. Dalam 2 jam memandu. Itu kena google sendiri lah. Aku pun lupa panama tempat dia tak tau. Yang tu ada entrance fee sikit lah.




Sebab trip ni dengan family. Dari Sydney kami menuju ke Mt. Selwyn main snow, so alang-alang tu kami singgah la tengok tulip ni.

Festival ni free entrance! Diadakan hanya pada musim bunga bermula 14 September hingga 13 Oktober setiap tahun. Bayaran parking dikenakan selepas 2 jam. Kiranya 2 jam pertama tu free parking ok.


Terdapat pelbagai booth jualan makanan, kudapan, souvenir dan pakaian. Ada juga pertunjukan muzik dan nyanyian di pentas tengah park bagi menghiburkan para pengunjung. Tandas disediakan. Boleh juga bawa makanan sendiri berkelah dalam ni. Gerai halal pun ada. Gozleme boleh dimakan ya. Kalau korang datang Australia kalau ada nampak Gozleme tu boleh makan. Halal.

Hari yang aku pergi tu cloudy. Suram-suram jer aku rasa langit tu. Tak cantik bergambar. Takda jiwa nak bergambar pun. Next time, pergi tulip lain pulak. 




Wednesday 18 September 2019

Drama Sweet Dreams : Ben Amir dan Mira Filzah : Qash Adam dan Puteri


Sweet Dreams
.
Mimpi yang menyatukan kau dan aku.
.
Qash Assyraf ❤️ Puteri Diyana

Ala ala gitu..

Ni gara-gara terpengaruh dengan drama Sweet Dreams. Nak tunggu cerita ni sanggup tidur lewat sebab time zone Malaysia dengan Sydney. 

Payung tu jenuh gak cari dekat kedai-kedai Korea kat Sydney ni. Bag tu memang ada dah, lama dah aku pakai. Family in law pun semua sporting. Mak mertua teman cari skirt mirapiljah. Kak ipar tolong ikat tudung kot belakang. Suami pun memang kebetulan berambut panjang sejak kami berhijrah ke sini, dia tak pernah potong rambut. Mahal katanya. $30 untuk potong rambut. Alamat tunggu musim panas, setahun sekali lah potong rambut. Selalu aku bising dia rambut panjang. Nak amik aura Ben Amir nyer pasal, aku izinkan.

Sempat lah shoot ala-ala Sweet Dreams sekejap. Tu pun Wafiya kacau gak mula-mula. Nak bergambar sama-sama. Tapi nasib baik kak ipar tarik dia ajak makan aiskrim. Terus aman damai seharian berjalan di Tulip Festival yang terletak di Commonwealth Park, Canberra.

Saturday 7 September 2019

Best ke duduk luar negara?

Antara soalan yang orang suka tanya apabila memulakan perbualan.

Well.

Terpulang pada lifestyle individu.

Kalau jenis hidup sebatang kara, tiada apa-apa, bagai musafir hina mesti lah dia rasa tak de apa nak diratapi di Malaysia. Of course bagi dia hidup di luar negara lagi best. Tapi ade ke macam tu?

Ada best, ada yang tak best. Itu jawapan nya. Ibarat ada kiri dan kanan. Ada baik dan ada buruk. Mana ada 100 peratus tu menang kat rasa tinggal di luar negara itu best. Mustahil.

Ikut situasi dan apa yang kita hadap.

Sydney Opera House dari Sydney Harbour Bridge.

Best bila,

  • best bila membeli, terasa murah. Banyak benda dan barangan boleh dinikmati dengan hanya $50. Kalau tak suka barangan yang dibeli, boleh return.
  • best bila pergi travel dalam Australia terasa kos nya sangat rendah. Sewa kereta sehari $40 termasuk insuran. Petrol pun murah. Lebih kurang $1.40 seliter.
  • best bila dapat menikmati pengangkutan awam dengan efisyen dan murah.
  • best bila dapat pergi perpustakaan, pusat komuniti dan nikmati segala kemudahan yang ada.
  • best bila gaji dibayar mingguan. Tak sempat merasa kesempitan hujung bulan.

Tak best bila, 

  • Tak best bila sejuk, sejuk sangat. Bila panas, panas sangat. Bila cuaca sejuk sangat atau terlalu panas sehingga mencecah 40 darjah, rasa tak bebas untuk melakukan rutin harian.
  • Tak best bila bil elektrik mahal. Sebulan bil elektrik mencecah $280 takde tv, takde aircond.
  • Tak best bila apa-apa yang berlaku di Malaysia, tak dapat join. Seperti kenduri atau makan-makan dengan keluarga. Keluarga aku selalu buat makan-makan. Tu yang aku jeles tu.
  • Tak best bila tak dilimpahi makanan Malaysia. Makanan kat sini so boring.
  • Tak best bila kompleks membeli-belah tutup pukul 5 petang.

Sengaja aku bagi sama banyak poin, tak lah dikira mana lagi best atau tidak. Kesimpulannya, perasaan itu bergantung pada kau punya gaya hidup dan apa yang kau suka dalam hidup. Bahagia itu kita yang rasa. Kita yang cipta. Bukan apa yang kau ada. Gitu...

Sunday 1 September 2019

Ragam Musim-musim di Sydney, Australia.

Secara rasminya, musim sejuk telah berakhir semalam. Hari ini adalah hari pertama musim bunga di Australia.

Di awal penghijrahan ku dahulu, kami sekeluarga tiba pada musim bunga. Bermaksud, lengkaplah pengalamanku tentang keempat-empat musim di rantauan.

Musim bunga di Sydney sangat terkenal dengan bunga Jacaranda. Selain Jacaranda, kita boleh berkunjung ke Tulip Festival di Canberra iaitu 3 jam memandu dari Sydney. Cherry Blossom pun boleh didapati di Auburn Botanical Garden. Pada bulan Oktober akan bermulanya Daylight Saving Time di mana jam diinjakkan 1 jam lewat bagi menyambut kedatangan musim panas.

Musim panas adalah musim yang di nanti-nanti kan. Pelbagai aktiviti diatur bagi memanfaatkan siang yang panjang dan suhu yang membenarkan pelbagai aktiviti untuk dilakukan. Pada musim ini ramai yang berkunjung ke pantai tambahan pula Sydney mempunyai ratusan pantai yang sesuai untuk surfing, mandi-manda, berkhemah dan berkelah.

Pemandangan musim panas dan juga musim bunga

Musim luruh terkenal dengan warna-warna daun yang sangat cantik terutama sekali di kawasan luar bandar. Orang kata, musim luruh adalah "second spring". Untuk mendapat impak musim luruh yang lebih cantik, boleh berkunjung ke Breenhold Garden, Mt Wilson. Musim ini menamatkan siang yang panjang kerana berakhirnya Daylight Saving Time di mana jam diinjakkan satu jam awal.

Pemandangan di musim luruh. Dedaunan yang meranum.


Musim sejuk adalah musim di mana malamnya panjang. Aktiviti terhad kerana cuaca sejuk yang ekstrim dan siangnya pendek. Biasanya kami akan menuju ke Mt Perisher atau Thredbo untuk bermain salji. Tidak banyak aktiviti dapat dilakukan di musim sejuk melainkan bergiat dalam aktiviti hibernisasi. Kedai-kedai mula menjual pelbagai jenis heater dan pakaian yang sesuai bagi menampung kesejukan.

Pemandangan di musim sejuk apabila sunny. *sinar kehidupan*

Pemandangan di musim sejuk apabila cloudy. *kemurungan*

Semasa peralihan musim, biasanya hujan silih berganti dengan angin yang kencang. Hujan di sini "showering" dan sekejap-sekejap sahaja. Ditambah pula dengan angin yang kuat menyukarkan pejalan kaki dan pengayuh basikal. Hujan batu kerap berlaku di musim panas. Aku pernah merasai beberapa kali hujan batu di sini.

Setiap musim mempunyai kelebihan dan kekurangan tertentu. Di musim panas, siangnya panjang, kain jemuran cepat kering, tetapi makanan cepat basi. Di musim sejuk, makanan lambat basi, tetapi siangnya pendek dan kain di ampaian lambat kering. Musim yang aku rasa hebat tamparannya ialah musim sejuk. Lemas dan tak bebas untuk melakukan aktiviti harian seperti mandi, ambil wudu', menaip, memasak dan membasuh pinggan. Musim sejuk juga perbelanjaan agak tinggi kerana bil elektrik yang melambung gara-gara penggunaan heater. Digalakkan untuk mengambil Flu Shot untuk mengelak terkena selsema.

Begitulah pengalaman keempat-empat musim dan hari ini, kitaran itu berulang kembali. Moga aku lebih bertahan dan steady di musim sejuk akan datang. Orang bilang, seronoknya musim sejuk. Keseronokan itu cuma beberapa hari. Kalau berbulan, percayalah, hati akan memberontak.

Membilang hari,
Untuk bebas berlari.

Sekian laporan kaji cuaca,
Diyana Farhana Sahariman
Sydney, New South Wales.

Thursday 22 August 2019

Preschool / Day Care and Vaccine in Sydney, Australia

Bila dah duduk luar negara ni, orang suka tanya,

"Wafiya dah sekolah ke?"

"Wafiya dah sekolah ke?"

Haih😪

It is not easy, dude! And it is expensive 😰
Tanya memang mudah. Aku yang dengar soalan ni gugup.


Memandangkan depan rumah ni ada satu bangunan day care sedang di bina dan setiap kali lalu, Wafiya berangan nak school kat sini, jadi aku pun menyiapkan apa yang patut.

First sekali, nak hantar anak ke sekolah atau day care, vaccine perlu lengkap.
"alah, nana. Kat Malaysia pun kena vaksin juga."


Ya. Kat Malaysia pun sekolah nak maklumat vaksin. Tapi sejauh mana penguatkuasaan terhadap anak-anak yang tidak di vaksin?
Aku percaya masih ramai lagi anak-anak yang masih boleh ke sekolah walaupun tidak vaksin dengan lengkap.

Aku bawa Wafiya jumpa doctor dan menyatakan hasrat untuk hantar Wafiya ke sekolah. Mujur aku memang bawa buku merah Wafiya sejak migrate dulu.
Doctor ambil salinan muka surat maklumat vaksin Wafiya di Malaysia. Ada beberapa vaksin tambahan yang aku ambil untuk Wafiya di klinik swasta dulu seperti Pneumococoal dan Varicella.
Pneumococoal ni sangat penting. Tak tau lah apa nasib Wafiya kalau dari dulu tak pernah ambil Pneumococoal. Rotarix untuk mencegah Rotavirus tak sempat ambil dan tak tahu pun pasal vaksin ni dulu.

Kemudian doctor panggil lagi sekali ke klinik semula dan membincangkan vaksin yang perlu Wafiya ambil bagi melengkapi syarat di bawah Health, New South Wales.
Wafiya tak cukup 3 lagi suntikan. Infanrix, Hepatitis B (dose ke 3) dan Nimenrix. Suntikan ni untuk mencegah diphteria, tetanus dan pertussis (whooping cough).

Boleh rujuk kat sini vaksin yang perlu di ambil mengikut Health New South Wales

Aku buat appointment untuk suntikan Infanrix dan Hep B . Dua liang dia dapat di bahu kiri dan kanan. Satu lagi vaksin dijadualkan lagi sebulan.
Nurse ada ajar cara dakap Wafiya, risau dia jerit sambil memberontak. Patah jarum nanti haru pulak kena pi hospital. Aku ni dah la takut jarum. Bawak pulak anak pegi cucuk. Aku yang nervous teruk.
Nangis jugak la dia satu kali lepas cucuk. Tapi bila nurse hulur lolipop, automatik senyap. Lap air mata meleleh. *senyum*

Dah selesai, masa nak bayar tu dalam hati aku fikir. Berapa pulak lah kena bayar untuk dua liang ni.
Yup... It's free, u know. 💁‍♀️ Lega.
Kena bayar $50 jer untuk consultation fee. Tapi selepas claim dengan Bupa Insurance, dapat balik $38. Memang ada kawan-kawan cakap, vaksin di sini free. Tapi selagi kita tak lalui, mana nak tau kan. Yeah, confirm. It is free. Vaksin kat sini semua free untuk anak-anak.

Dapat panggilan dari school Wafiya untuk datang ambil enrolment form dan set appointment for school tour. Tapi sekolah tak buka lagi. Sedang tunggu kelulusan. Sekolah baru kan. Actually bukan sekolah lah. Day care actually. Wafiya suka panggil school.

Application fee $100 (non - refundable)
Preschool minimum 2 days per week.
Satu hari $100.
Waktu preschool dari jam 7 pagi hingga 6 petang.
Bond $400 ( refundable after Wafiya leaving)

So now tengah fikir. Nak enrol atau tak.
$200 seminggu untuk hantar Wafiya pergi bersosial 😭
Pikir 2 kali mak mak pun.


Wafiya baru umur 4 tahun. Belum perlu ke sekolah lagi. Dia hanya boleh pergi day care. Since day care pun mahal, aku tak jadi hantar lah. But, even tak hantar Wafiya ke kinder atau day care, still banyak aktiviti yang Wafiya boleh join sekitar kediaman kami sebab kat sini banyak aktiviti untuk anak-anak. Sampai kan aku tak larat pulak nak kejar macam-macam aktiviti setiap hari untuk dia. Isnin ada art class, Selasa ada dancing class. Rabu free. Khamis ada storytelling. Jumaat ada playgroup.

Buat yang bertanya anak aku pergi ke sekolah ke tak, so ni jawapan dia. Belum lagi ke sekolah. Day care sini mahal ok. $100 per day.

Akhirnya Aku Dapat Habiskan Pengajian Master in Telecommunications Engineering di UNSW

Term 3 Tahun 2023 iaitu sesi terakhir pengajian aku. Term terakhir bagi aku. Term yang aku selesaikan baki subject yang belum diambil untuk ...