Wednesday 12 June 2019

Jalan - jalan Sydney : Perisher Ski Resort - Bersalji di Aidilfitri

Sebab tengah excited nak cerita pasal pengalaman ke Mt. Perisher, jadi kita tangguh dulu cerita syawal di rantauan. Hehe.

Syawal kedua kami di sini
Kami memang sewa kereta untuk 2 hari beraya. Senang nak bergerak dan pergi open house rumah kawan-kawan. Check weather memang kerap hujan masa raya nanti. Memang husband aku tak boleh nak buat keje pun sebab cuaca hujan tak menentu.

Pagi 1 Syawal hujan. Kami menuju ke Malaysia Hall untuk beramah mesra dengan orang-orang Malaysia yang menyambut Aidilfitri. Ada jamuan makan-makan dan sesi bergambar. Bila dah jumpa kawan-kawan di sini biasalah panjang akal nyer. Haha. Member ajak pergi main snow kat Mt Perisher. Bukan minggu depan atau bulan depan. Tapi esok harinya. Ajer gilerr.. Haha.

Aku tergamam. Aku fikir duit jer dan risau husband aku tak larat drive 5 jam lebih weh. Kami amik masa sikit untuk berfikir dan berbincang. Sambil-sambil tu kami pergi Sydney Harbour Bridge bergambar dan makan-makan kat rumah member. Kat situ kami kasi confirmation. Onnnzz!

Apa yang membuatkan kami rasa ok jer nak join sebab anak. Anak kami dan anak member lebih kurang sama baya. Duduk sini memang kami excited bila Wafiya ada kawan. Kami suka long journey sebab anak dapat tidur dalam kereta lama-lama. Ada geng untuk Wafiya main snow. Dulu masa pergi Jeju, Wafiya macam quite boring. Soal duit memang kami laki bini malas nak fikir. Layan jer lah. Fikir banyak-banyak mengganggu mood jer. Jadi, kami layannn jer. Husband call car rental untuk extend days.

Lepas makan-makan kat rumah kawan kami terus ke Decathlon. Polisi Decathlon, boleh return barang dalam masa 365 hari. Jadi kami plan, beli jer apa pun. Lepas balik main snow boleh return. Hehe.. Penjimatan yang padu. Kalau tak beli, boleh sewa kat sana nanti. Kat Jyndbyne. Small town sebelum sampai ke Ski Resort tu. Tapi kalau sewa, lepas return. Tak dapat apa lah kan. So, kami plan nak sewa snow boot jer kat sana nanti memandangkan sewa boot agak murah.

Lepas shopping kat Decathlon terus balik rumah. Rehat-rehat. Aku hambat husband aku suruh dia tidur dulu. Kesian kat dia. Nanti dia bukan nak kasi aku drive. Cuak gamaknya. Haha. Jadi, aku suruh dia lena jer dulu toksah pikir banyak. Pukul 2 pagi pada 2 Syawal tu terus kami dua kereta dengan member konvoi terus ke Mt. Perisher. Aku tak tidur pun dalam kereta. Aku suka layan pemandangan dalam perjalanan.



Selalu orang kata yang penting bukan destinasi yang dituju, tapi pengalaman perjalanan tu. Tapi trip ke Mt. Perisher ni bagi aku memang superb ar! Perjalanan dihidangkan dengan pemandangan menarik. Destinasinya pun cantik. Aku suggest kalau korang datang ke sini, stay dulu satu malam kat Jyndabyne. Kami ni gamble. Nak stay bermalam tu kami fikir kemudian. Haha.

Dari Sydney, kami merentasi Canberra. Inilah kali pertama kami keluar another state iaitu from New South Wales ke ACT. Tapi nanti kena masuk balik ke NSW sebab Perisher Valley tu dalam NSW. Haa... gituu... Jalan raya ok. Selesa. Banyak hentian untuk isi minyak, minum kopi. Highway pun takde toll. Selesa. Cuma selepas Canberra tu kena hati-hati lah banyak Kangaroo terkorban di tepi jalan raya. Jangan laju-laju. Risau kangaroo melintas rempuh kereta.

Selepas merentasi Canberra, kita akan menempuhi satu town kecil iaitu Cooma dan selepas itu ialah Berridale dan Jyndabyne. Kami berhenti di Jyndabyne agak lama jugak sebab isi minyak dan sewa kelengkapan kat BP Ski Hire sebelah station minyak BP. Layanan pun baik - baik. Sabar jer melayan kami yang kerap tukar-tukar saiz. Husband aku dan member dia sewa snowboard. Kemain diorang ni. Husband aku teragak-agak jugak nak sewa. Aku cakap takpe lah. Main dan enjoy. Aku layan Wafiya. Kasi can daddy time setelah penat bekerja.

Jyndabyne ni bagi aku memang cantik. Ada tasik. Taman rekreasi. Aku sempat melihat kanak-kanak di sini sedang menunggu bas untuk ke sekolah. Comel-comel belaka. Pipi merah-merah semuanya. Of course lah area ni tak de immigrant. Sape nak duduk banat-banat gini kan.

Satu persatu pemandangan menarik dihidangkan untuk kami. Selepas Jyndabyne terus kami masuk ke pintu National Park dan bayar entrance fee sebanyak $17 per car for 24 hours.  Selesai bayar entrance fee tu terus nampak salji di tepian jalan dan lama kelamaan bukit-bukit yang dipenuhi salji. Ya Allah. excited gila rasa dan sangat cantik. Hari yang kami pergi tu merupakan hari terrakhir untuk tidak memakai chain. Boleh semak dekat ski hire yang kita pergi tu. Diorang dah cakap harini tak perlu pakai snow chain. Kalau tak, kena keluar duit lagi lah untuk sewa snow chain.

Pintu masuk ke Perisher
Kawasan parking masih banyak kosong. Kami bersiap-siap memakai kelengkapan di dalam kereta. First time aku turun, angin kuat terus aku melompat masuk kereta semula. Sejuk gila. Kawan kami siap bawang ketupat nasi impit lagi dengan kuah kacang dan ayam masak kicap. Kami bersarapan di cafe yang disediakan. Boleh jer bawa makanan dari luar. Tiada halangan.

Kami bawa bekalan makanan dan makan di cafe

Ada juga kedai kebab di sini. Halal di makan
Masa nak menapak ke cafe tu suami aku rasa snowboot dia ketat. Mula lah perasaan dia kelat. Nak pegi tukar, kena drive lagi setengah jam. Takkan nak biar jer pakai ketat macam tu tak syok untuk meluncur snowboard nanti. Akhirnya suami aku akur dan turun ke Jindabyne semula untuk menukar snow boot setelah dipujuk. Yerlah dah bayar sewa mahal-mahal, tak dapat main dengan selesa pulak rugi nanti. Sementara tu boleh lah aku suap  Wafiya makan. Kasi dia makan kenyang-kenyang baru syok dia main.

Selesai semua makan dan suami aku pun balik dari tukar boot, kami mula turun padang. Aku dan anak-anak layan toboggan. Seronok pulak meluncur laju. Suami aku warming up practise sikit-sikit dan biasakan diri meluncur dengan snowboard. Bukan senang rupanya. Dah lah berat. Lagi sekali suami aku dapat identify snowboard dia tak kena dan dia bandingkan dengan snowboard kawan dia. Rupanya snowboard ada side. Kita kena identify kita selesa kanan kita di hadapan atau belah kiri sebab kaki hadapan kita (kiri atau kanan) lah yang akan memulakan peluncuran. Banyak kali lah suami aku jatuh gedebuk-gedebuk.

Bukan selalu dia mintak ambil gamabr dia
Bila kawan kami stop main snowboard, suami aku try pinjam board dia barulah suami aku berjaya meluncur laju. Tapi satu hal lagi, tak reti stop. Maka dijatuhkan lah badan dia untuk berhenti meluncur. Kalau tak, mau langgar segala benda. Haha. Wafiya seronok main dengan kawan, buat snowman. Siap pegang sudu garfu lagi. Dia ingat ABC ke ape. Meregek la dia dengan kawan dia main snow. Bukan dia heran pun sejuk-sejuk.

Kecik-kecik lagi dah pegang snow
Kami yang mak mak dan bapak bapak ni pun tak tahan sejuk. Kami masuk ke cafe. Tinggal Wafiya dan kawan dia masih bermain salji sambil dipantau oleh kami dari dalam cafe yang berkaca. Sedar tak sedar rupanya diorang meluncur toboggan sendiri. Siap sengih-sengih dan lambai-lambai kami berempat di dalam cafe. Tapi semacam pulak kami tengok, makin laju meluncur turun. Kami berempat tangkas bangun bila pengakhirannya mereka jatuh ke bawah di ruang meja makan luar cafe. Tapi kami tak nampak macam mana diorang jatuh sebab terlindung di sebalik tiang di belah kiri kami. Masa kami dapatkan diorang, dua si kecil ni tengah memanjat bangun ke atas. Mujur tak terhantuk meja ke apa. Ya Allah, risau sungguh. Tu lah. Bila seronok main.

Kami bersiap-siap untuk pulang jam 5 petang. Gelap macam dah malam. Padahal baru pukul 5 petang. Kami teragak-agak juga untuk bermalam di Jindabyne atau tak. Sambil lepak di cafe tu ada juga cari penginapan let say tak larat drive balik ke. Mostly hotel fully book. Makanya kami memandu perlahan-lahan juga untuk pulang. Sambil tu kami singgah di ski rental itu semula untuk return barang-barang yang disewa. Doploh kali kami berhenti di hentian rehat. Memandu dalam gelap malam pulak tu. Kerja gila sungguh. Hehe.

Return barang-barang sambil buat havoc.

Keesokan harinya barulah kami pulangkan kereta dan return barang di Decathlon. Sepanjang trip ni ada benda yang boleh dijimatkan lagi dan ada perkara untuk penambahbaikan di masa akan datang. Kawan aku ramai yang dm ajak aku bawa diorang pula. Memang terbaik lah aku boleh buat kat diorang sebab aku learn banyak dari this trip. 

Bila duduk di luar negara, yang seronok tu pergi jalan-jalan. Kos perbelanjaan untuk pergi jalan-jalan dah terasa murah. Terasa macam aku pergi jalan-jalan tak balik-balik pulak. Sewaktu awal sampai ke sini aku terasa risau. Aku tak bekerja dan tak mempunyai pendapatan. Aku risau aku tak berpeluang untuk jalan-jalan dan menjelajahi Australia. Tapi Alhamdulillah, rezki itu ada. Bersangka baik lah kepada Allah. Niat yang betul disertai dengan azam yang kuat, pasti dapat.



No comments:

Post a Comment

Akhirnya Aku Dapat Habiskan Pengajian Master in Telecommunications Engineering di UNSW

Term 3 Tahun 2023 iaitu sesi terakhir pengajian aku. Term terakhir bagi aku. Term yang aku selesaikan baki subject yang belum diambil untuk ...