Thursday 22 August 2019

Preschool / Day Care and Vaccine in Sydney, Australia

Bila dah duduk luar negara ni, orang suka tanya,

"Wafiya dah sekolah ke?"

"Wafiya dah sekolah ke?"

Haih😪

It is not easy, dude! And it is expensive 😰
Tanya memang mudah. Aku yang dengar soalan ni gugup.


Memandangkan depan rumah ni ada satu bangunan day care sedang di bina dan setiap kali lalu, Wafiya berangan nak school kat sini, jadi aku pun menyiapkan apa yang patut.

First sekali, nak hantar anak ke sekolah atau day care, vaccine perlu lengkap.
"alah, nana. Kat Malaysia pun kena vaksin juga."


Ya. Kat Malaysia pun sekolah nak maklumat vaksin. Tapi sejauh mana penguatkuasaan terhadap anak-anak yang tidak di vaksin?
Aku percaya masih ramai lagi anak-anak yang masih boleh ke sekolah walaupun tidak vaksin dengan lengkap.

Aku bawa Wafiya jumpa doctor dan menyatakan hasrat untuk hantar Wafiya ke sekolah. Mujur aku memang bawa buku merah Wafiya sejak migrate dulu.
Doctor ambil salinan muka surat maklumat vaksin Wafiya di Malaysia. Ada beberapa vaksin tambahan yang aku ambil untuk Wafiya di klinik swasta dulu seperti Pneumococoal dan Varicella.
Pneumococoal ni sangat penting. Tak tau lah apa nasib Wafiya kalau dari dulu tak pernah ambil Pneumococoal. Rotarix untuk mencegah Rotavirus tak sempat ambil dan tak tahu pun pasal vaksin ni dulu.

Kemudian doctor panggil lagi sekali ke klinik semula dan membincangkan vaksin yang perlu Wafiya ambil bagi melengkapi syarat di bawah Health, New South Wales.
Wafiya tak cukup 3 lagi suntikan. Infanrix, Hepatitis B (dose ke 3) dan Nimenrix. Suntikan ni untuk mencegah diphteria, tetanus dan pertussis (whooping cough).

Boleh rujuk kat sini vaksin yang perlu di ambil mengikut Health New South Wales

Aku buat appointment untuk suntikan Infanrix dan Hep B . Dua liang dia dapat di bahu kiri dan kanan. Satu lagi vaksin dijadualkan lagi sebulan.
Nurse ada ajar cara dakap Wafiya, risau dia jerit sambil memberontak. Patah jarum nanti haru pulak kena pi hospital. Aku ni dah la takut jarum. Bawak pulak anak pegi cucuk. Aku yang nervous teruk.
Nangis jugak la dia satu kali lepas cucuk. Tapi bila nurse hulur lolipop, automatik senyap. Lap air mata meleleh. *senyum*

Dah selesai, masa nak bayar tu dalam hati aku fikir. Berapa pulak lah kena bayar untuk dua liang ni.
Yup... It's free, u know. 💁‍♀️ Lega.
Kena bayar $50 jer untuk consultation fee. Tapi selepas claim dengan Bupa Insurance, dapat balik $38. Memang ada kawan-kawan cakap, vaksin di sini free. Tapi selagi kita tak lalui, mana nak tau kan. Yeah, confirm. It is free. Vaksin kat sini semua free untuk anak-anak.

Dapat panggilan dari school Wafiya untuk datang ambil enrolment form dan set appointment for school tour. Tapi sekolah tak buka lagi. Sedang tunggu kelulusan. Sekolah baru kan. Actually bukan sekolah lah. Day care actually. Wafiya suka panggil school.

Application fee $100 (non - refundable)
Preschool minimum 2 days per week.
Satu hari $100.
Waktu preschool dari jam 7 pagi hingga 6 petang.
Bond $400 ( refundable after Wafiya leaving)

So now tengah fikir. Nak enrol atau tak.
$200 seminggu untuk hantar Wafiya pergi bersosial 😭
Pikir 2 kali mak mak pun.


Wafiya baru umur 4 tahun. Belum perlu ke sekolah lagi. Dia hanya boleh pergi day care. Since day care pun mahal, aku tak jadi hantar lah. But, even tak hantar Wafiya ke kinder atau day care, still banyak aktiviti yang Wafiya boleh join sekitar kediaman kami sebab kat sini banyak aktiviti untuk anak-anak. Sampai kan aku tak larat pulak nak kejar macam-macam aktiviti setiap hari untuk dia. Isnin ada art class, Selasa ada dancing class. Rabu free. Khamis ada storytelling. Jumaat ada playgroup.

Buat yang bertanya anak aku pergi ke sekolah ke tak, so ni jawapan dia. Belum lagi ke sekolah. Day care sini mahal ok. $100 per day.

Tuesday 20 August 2019

Musim Sejuk di Sydney

Now nak cerita musim sejuk pulak. Rasanya musim sejuk banyak cerita dan luahan perasaan. Kenot go lah musim ni. So, musim sejuk bermula dari 1 June hingga 31 August. Merdeka! Merdeka! Eh.

Haritu musim panas aku libang libu kepanasan. Ingatkan musim sejuk boleh overcome lah. Rupanya, lagi terseksa musim sejuk dari musim panas. Suhu yang sedap tu bagi aku sampai hat 22 degree jer. Lebih dari tu aku kenot tahan dah. Kalau sejuk pun, tak boleh kurang 18 degree. Kurang dari tu, aku bagaikan badak berhibernasi dalam igloo. *merapu

Kat mana aku nak mula cerita ek musim sejuk ni. Aku rasa aku dah luah banyak kali kat instagram dan facebook.

Pemandangan musim sejuk di Belmore Park. Bangunan Central Station
Pertama sekali, musim sejuk adalah selepas musim luruh. Selepas disajikan musim luruh yang cantik, musim sejuk pula pengganti. Daun-daun maple kekuningan yang musim luruh sajikan tu kini tiada. Hanya tinggal pokok yang sepi, tiada daun di sisi. Tu sebab kalau pergi melancong pada musim sejuk, pemandangan macam suram. Pokok kering jer yang tinggal.

Hujung musim luruh dah start sejuk dah actually. Aku haritu bersahur dengan suhu 3 darjah. Kau rasa? Itupun kena panjatkan kesyukuran sebab tak bersahur pada suhu negatif. Tuhan jer yang tahu how struggle to survive sewaktu musim sejuk.

Orang Malaysia suka cakap, "bestnya sejuk... bestnya sejukk". I was like *getik dengornyer*. Kau tak tahu macam mana nak survive musim sejuk. Mau kau teroyak mintak balik kalau kau duduk berbulan-bulan kat sini di musim sejuk.

Kedai-kedai dah mula menjual kelengkapan musim sejuk

Jenis heater di kedai Target

Yang ni fan heater. Blow angin panas. Kering tekak rasanya bila pakai ni. Not healthy
Disebabkan hujung-hujung musim luruh dah start sejuk, kedai-kedai dah start jual heater, stokin, baju, blanket tebal-tebal dan segala keperluan untuk menampung kesejukan di musim sejuk. So, buat kami yang pertama kali menyambut musim sejuk di rantauan ni, agak perit juga untuk keluarkan kos kelengkapan musim sejuk. Terutama sekali heater dan blanket. Lain-lain macam stokin, sleepingwear semua tu memang lah murah. Tapi bila beli sorang sepasang dari atas sampai ke bawah, costly juga.

Yang ni hot water bag. Aku boil water dan bubuh dalam bag ni. Kemudian dakap-dakap. Nyamannn...

Quilt tambahan yang lebih tebal dan sesuai untuk musim sejuk. Makan modal lagi ni
Kos sara hidup di musim sejuk kian bertambah apabila bil elektrik meningkat naik gara-gara penggunaan heater. Basically rumah aku takde heater. Bila tiba musim sejuk baru aku beli heater. Itupun portable heater yang dijual di Kmart. Untuk menampung kepanasan dalam bilik tu cukup lah. Tapi tak applicable di ruang tamu yang luas. Heater tu biasanya aku pasang dalam satu jam jer. Masa siap-siap nak lena. Pakai timer. Tak berani pasang lama-lama. Perit nak bayar bil elektrik. Bilik Wafiya jer aku pasangkan heater satu jam dengan timer. Bilik aku memang takde heater lah. Jimat.

Ok. Itu soal kos.

Sekitar Central Station.
Life masa musim sejuk saat indah apabila berada dalam selimut. Tapi larat ke duduk dalam selimut jer tanpa buat apa-apa. Melainkan kau anak raja yang makanan semua di sua atas katil. Kita ni kena lah bangun juga untuk melakukan aktiviti harian. Nak masak, tangan sejuk pegang air di sinki. Nak mandi, takut air, menggigil teruk lepas mandi. Mandi air panas pun akan mengakibatkan kulit kering. Tak elok juga mandi air panas kerap-kerap. Tapi siapa sanggup mandi air sejuk? Nak ambil wudu', nak kencing? Semua tu kau akan fikir patplohlima kali bila nak buat.

Nak mandi dan memasak tu aku boleh tahan lagi. Tak lalu mandi, takyah mandi. Tak tahan sejuk nak masak, tak payah masak. Tapi soal nak kena siapkan assignment, kot mana pun aku kena gagahkan jugak menyiapkan assignment dengan kerahan otak diiringi tangan yang sejuk hingga kebas. Sesekali aku tekap tangan aku kat hot water yang aku botolkan dalam sarung. Sesungguhnya, sangat struggle untuk bangun menyiapkan assignment di malam hari. Jenis aku, aku me time di waktu malam. Siang hari, aku allocate masa untuk kerja-kerja rumah dan masa bersama Wafiya. Jadi, waktu malam waktu Wafiya tidur jer lah waktu yang aku ada.

Musim sejuk, waktu siang pendek. Waktu solat dekat-dekat. Nak jalan-jalan jadi tak syok. Sejuk satu hal. Satu lagi kena rancang betul-betul perjalanan. Tapi musim sejuk memang malas nak ke mana-mana. Dah sejuk. Kalau nampak matahari tu gembira rasa. Mesti melompat nak sun bathing. Tapi pukul 4 lebih dah gelap.

Klinik-klinik dah mula iklankan vaksin yang perlu diambil
Bila sejuk-sejuk ni akan terasa mandom jer. Nak buat apa pun terasa malas. Cuaca seolah-olah menggambarkan perasaan. Musim sejuk ni jugak selalu orang sakit-sakit. Terkena selsema. Lepas tu berjangkit. Banyak farmasi dan klinik mengeluarkan iklan-iklan kepentingan vaksin untuk mencegah terkena serangan selsema. Pada hujung musim luruh lagi aku dah terkena selsema. Selepas aku baik dari selsema, aku dan suami aku ambil vaksin di klinik. Aku akan ceritakan perihal klinikal, vaksin dan insuran di lain entri.

Ni aku guna bila lipat kain
Kalau basuh baju dan jemur di ampaian sah-sah lah lambat kering. Bila kering pun aku tak tau. Confuse. Sebab kain sejuk-sejuk. Selalu merungut. Ni kering ke? Ke, lembap lagi? Haih. Lagi satu cabaran ialah nak lipat kain. Dah lah kat Malaysia memang malas lipat kain. Kat sini tambah lagi dengan tengan yang sejuk dan geseran kat kain tu buat tangan rasa kasar dan macam ngilu. Eh, macam mana nak explain. Tapi meluat jugak lah nak melipat kain di musim sejuk.

Jalan nak ke kolej. Dalam Belmore Park
Apabila hujung musim sejuk, cuaca sekali lagi tak menentu. Windy. Hujan. Maklumlah. Nak beralih musim. Masuk ke musim yang seterusnya di mana musim bunga yang kedua ku.

Yang best di musim sejuk ialah satu. Makanan lambat basi. Tapi sekali kau perhangatkan makanan, cepat jer makanan tu sejuk. Kalau kau ulang banyak kali perhangatkan makanan, kau kena ingat, salah satu punca bil elektrik naik ialah cooking top. Haha. Jackpot!!

Bila aku compare dua-dua, musim panas dan sejuk, aku rasa musim sejuk lagi struggle. Yerlah. Kalau musim panas, boleh pi mandi. Kalau musim sejuk, kau nak lari mana? Sana sini sejuk. Nak bergerak dan buat rutin harian tak bebas. Baru faham kenapa orang suka kan sangat musim panas. Kesejukan yang kita alami ni lebih panjang dari rasa panas. Kan musim bunga dan musim luruh pun sejuk.

Masa musim sejuk ni lah baru aku faham kenapa orang pakai macam ni, macam tu. Tapi aku tak faham kenapa sesetegah orang pakai skirt di musim sejuk. Are you crazy?

Oklah. Nanti aku wrap up segala musim yang aku tempuh di rantauan. So, experiment aku lengkap segala musim yang ada. Aku dah rasa, di bumi Down Under.

Saturday 3 August 2019

Perasaan apabila pulang sebentar ke Malaysia

Masa aku plan nak migrate dulu, aku tak plan pun bila aku akan pulang ke Malaysia. Bagi aku first year duduk Australia tu tak perlu kalut nak balik. Raya pun kat sini jer. Financial agak tough buat first year kat sini.

Tapi pada penghujung July itu hari, kami sekeluarga berkesempatan untuk pulang sebentar ke Malaysia. Terlalu awal bagi aku. Oleh kerana atas sebab-sebab tertentu, kami kena balik sebentar. Play as tourist gitu.

Salah satu sebab kenapa kami sekeluarga pulang ialah untuk menilai kembali satu bentuk kehidupan di Malaysia. Adakah kami perlu meneruskan untuk tinggal di Australia atau sebaliknya.

Kami pulang hanya 2 minggu. Memikirkan financial kami decide untuk hanya pulang 2 minggu. Kalau lagi lama, tak ber income lah kami. Di sini gaji dibayar setiap minggu. Rumah sewa pun perlu dibayar setiap minggu. Cash flow tak cantik kalau income takde tapi kena bayar sewa rumah setiap minggu.

Mahu saja kami sewakan penginapan kami untuk 2 minggu tu. Tapi atas kurang persediaan, kami tak sewakan.

Jadi, aku nak story sikit pasal perasaan aku bila balik ke Malaysia, dan apa yang kami lakukan sekembalinya ke sana.




Menjejaki langkah yang ditinggalkan

Bermula dari KLIA2, kami menjejakii semula langkah akhir yang kami tinggalkan. Perasaan tu macam mengutip semula langkah dan bekas yang kami tinggalkan suatu masa dahulu. Susah nak gambarkan oleh kata-kata. Satu perasaan yang susah untuk dizahirkan.

Nak selit sikit satu cerita, kami disambut oleh wajah masam pegawai imigresen di kaunter Malaysia. Senyum pun tidak. Bagi salam pun tak dijawab. Berbeza dengan di kaunter immigresen di Sydney. Kami di sapa dengan wajah ceria. "Hi, how are you?' itu paling koman. Siap wish safe journey lagi. Bila sampai di Malaysia, suami aku bebal. "bisu agaknya"

Kakak ipar ku mengambil kami di airport. Kami makan di Pappa Rich KLIA2. Aku order nasi lemak. Menyesal. Selain harga yang lebih mahal dari Australia, aku disajikan oleh timun basi. Sedih.

Itu baru 2 insiden dan masih dalam kawasan yang sama. Belum keluar lagi dari perkarangan airport.

Berkunjung ke rumah saudara mara

Sebelum kami migrate, kami tak sempat berkunjung ke seluruh rumah saudara mara. Jadi di kesempatan ini aku singgah ke rumah bapa saudara ku di Sg Besi dan singgah ke rumah paklang di Simpang Pulai. Dalam perjalanan kami dari KLIA2 hingga ke Perak, sambil tu kami menziarahi keluarga.

Hidangan yang sangat menyelerakan di rumah bapa saudaraku di Sg Besi. Sungguh aku rindukan hidangan tengah hari seperti itu. Paklang siap simpan kan durian buat kami. Merasa jugaklah suami aku durian hasil dari kebun paklang.

Seterusnya perjalanan kami diteruskan ke rumah aku. Ada juga kawan-kawan yang bertanya. Balik mana? Ya Rabbi. Aku ni kan dah berkahwin. Mestilah aku balik kedua-dua belah pihak. Buleh hang tanya aku balik mana? Haih. Takkan lah aku yang menetap di Sydney ni balik Perak semata. Suami aku pun ada ibu bapa juga untuk diziarahi. Kepulangan kami kali ni lebih banyak bermalam di belah Perak sebab ibu bapa mertua ku akan ikut kami pulang ke Sydney selama 3 bulan.

Tautan kasih Wafiya dan pengasuhnya

Sebelum kami bertolak sampai ke Kedah. Kami singgah ke Pulau Pinang untuk mempertemukan Wafiya dengan pengasuhnya. Jadi hiba pula saat tu. Rindu sungguh pengasuhnya terhadap Wafiya. Dan semestinya pengasuhnya terkejut dengan Wafiya yang kini berbahasa Inggeris. Impress!

Wafiya bagitau pengasuhnya, "Malaysia is too hot" . Terkejut semua. Haha.



Bertemu kawan-kawan

Apabila pulang ke Malaysia, ramai kawan-kawan roger nak jumpa. Aku rasa mungkin sampai satu tahap, aku akan pulang ke Malaysia diam-diam. Haha. Supaya masa digunakan lebih buat keluarga. Tapi itu hari aku umumkan satu semesta kepulangan kami sebab aku open order Personal Shopper.

Dan masa banyak dihabiskan atas jalanraya. Sampai letih rasa memandu. Suami aku bunyi jugaklah. bila hari yang boleh duduk diam di rumah. Aku siap prepare itinerary lagi untuk balik supaya masa 2 minggu itu digunakan sebaiknya. Tapi aku letih. Dah lah letih buat personal shopper tak hilang lagi. Balik Malaysia pun bertambah letih. Balik semula ke Sydney lagi lah letih.

Tapi sangat fun. Jumpa kawan-kawan. Bertukar-tukar cerita. Borak-borak sampai tak ingat dunia. Menjejaki kembali memori dan kenangan yang dah berlalu pergi.



Malaysia, syurga makanan

Bila dengar berita nak balik Malaysia, semua excited dan sedia untuk memasakkan untuk kami macam-macam menu. Mama aku masak macam-macam. Kuah durian, tapai, asam pedas, nasi lemak, asam keladi. Pergh.. hari-hari dapat makan menu favourite. Wafiya pulak tiba-tiba peminat tegar roti canai cicah kari. Tiap pagi atok belikan roti canai kat dia. Dia sorang makan sampai 2 keping. Haha.

Tak kurang juga ipar duai sanggup masak macam-macam untuk kami. Dapat merasa mee rebus daging banyak air tangan kak ipar di Banting. Satu penghargaan yang buat aku terharu. Moga murah rezki diorang dan moga ikatan kekeluargaan lebih erat.



Enjoy cuaca di Malaysia

Aku pulang ke Malaysia pada musim sejuk Itu satu bonus buat kami. Bosan dengan baju berlapis, akhirnya kami dapat juga menikmati hangat nya cuaca di Malaysia. Ini lah perkara yang paling buat aku happy. Letih sangat dengan cuaca sejuk di Australia. Seronok tengok anak aku berlemoih peluh macam balik dari berkebun. Seronok dapat pakai selapis.

Orang selalu cakap, bestnya dok Australia. Sejuk.

Sejuk tu kau boleh kata best bila datang melancong 5 hari. Kalau kau duduk 5 bulan kesejukan pasti kau sumpah seranah dan lari balik Malaysia. Huh.



Barangan di Malaysia mahal-mahal belaka.

Selalu aku tak amik port pun hal politik atau isu isu yang berlaku di Malaysia. Tapi bila aku turun padang membeli barangan, aku culture shock hanya dalam Econsave sahaja. Mak aku pun heran juga apa dibuat lama sungguh keluar. Mana taknya, aku spend 2 jam dalam Econsave. Aku merasakan barang-barang yang dijual sangat mahal.

Bila duduk di Sydney biasa keluarkan duit angka kecil-kecil. Balik Malaysia, harga barang semua angka besar-besar. Tu yang terasa sangat tu.



Tak banyak yang berubah

Apabila aku melangkah masuk ke taman perumahan mak ayah aku, suami aku tanya Wafiya mana rumah opah. Wafiya dah tak cam. Sebab rumah opahnya dah tambah di bahagian dapur.  Saat ketika melangkah masuk ke rumah mak ayah aku, keadaan masih sama. Bila aku masuk ke bilik, segala kotak yang aku tinggalkan masih sama.

Aku buka semula kotak-kotak tersebut. Terus memori setahun yang lalu saat aku kosongkan rumah aku di Penang bermain di minda. Saat aku memasukkan barang aku ke dalam kotak tersebut, kenangan itu bermain di kala aku membuka kotak itu semula. Aku mencari diri aku yang dulu. Sedikit sebanyak mengusik perasaan.

Kawasan Batu Kawan banyak berubah. Kawasan ni adalah kawasan yang aku tempuh hari-hari selama 7 tahun lebih. Aku pernah tinggal di Batu Kawan. Banyak yang telah berubah terutama sekali pembukaan Ikea. Dulu, jalan itu yang aku tempuh hari-hari untuk pergi kerja. Aku lah yang menyaksikan pembinaan Ikea. Tapi aku  bukan menjadi orang pertama yang menjengah ke Ikea Batu Kawan. Oleh kerana aku teringin meatball Ikea, aku singgah juga. Meatball di Ikea Sydney haram di makan.

Dalam hati sebenarnya berkobar nak ke kawasan perumahan kami dahulu. Risau juga hati luluh sayu. Maka, tak jadi lah kami meronda kawasan Bandar Perda. Lagipun, kesuntukan masa sangat.


Keputusan ingin terus menetap di Sydney

Apabila di nilai semula, kami buat keputusan untuk menetap lagi di Sydney. Untuk sampai bila tu aku tak pasti. Selagi masih bertiga, selagi masih muda, aku rasa aku akan teruskan juga untuk menetap di luar negara. Aku tak decide untuk tinggalkan tanah air terus. Tapi mungkin cukup untuk 2 hingga 3 tahun lagi. Untuk pulangkan ke Malaysia semula memerlukan modal yang besar untuk memulakan hidup baru. Sekurang-kurangnya kereta perlu ada.

Kami perlu ada modal yang besar supaya modal penghijrahan kami dulu ke Sydney terbayar. Lagipun, masih belum puas untuk menjelajah satu bentuk kehidupan di luar sana. Masih banyak lagi yang ingin kami lakukan. Satu tahun masih belum cukup untuk darah muda seperti kami.

Terus belayar

Malaysia is your homecountry. Usah membenci. Dengan Malaysia, aku ada jiwa. Dengan Australia, aku ada cita-cita. Tidak sesekali aku membenci Malaysia di saat aku tinggalkan dan sehingga kini. Cuaca di Malaysia dah seelok-elok dengan fitrah kita sebagai manusia. Makanan di Malaysia semua tak nak kalah. Saudara-mara, kawan-kawan semua mengisi kekosongan. Jika di luar negara, kita akan rasa sunyi. Hanya di temani rakan-rakan sekali sekala.


Malaysia, aku akan pulang.
Suatu hari nanti.

Akhirnya Aku Dapat Habiskan Pengajian Master in Telecommunications Engineering di UNSW

Term 3 Tahun 2023 iaitu sesi terakhir pengajian aku. Term terakhir bagi aku. Term yang aku selesaikan baki subject yang belum diambil untuk ...