Saturday 3 August 2019

Perasaan apabila pulang sebentar ke Malaysia

Masa aku plan nak migrate dulu, aku tak plan pun bila aku akan pulang ke Malaysia. Bagi aku first year duduk Australia tu tak perlu kalut nak balik. Raya pun kat sini jer. Financial agak tough buat first year kat sini.

Tapi pada penghujung July itu hari, kami sekeluarga berkesempatan untuk pulang sebentar ke Malaysia. Terlalu awal bagi aku. Oleh kerana atas sebab-sebab tertentu, kami kena balik sebentar. Play as tourist gitu.

Salah satu sebab kenapa kami sekeluarga pulang ialah untuk menilai kembali satu bentuk kehidupan di Malaysia. Adakah kami perlu meneruskan untuk tinggal di Australia atau sebaliknya.

Kami pulang hanya 2 minggu. Memikirkan financial kami decide untuk hanya pulang 2 minggu. Kalau lagi lama, tak ber income lah kami. Di sini gaji dibayar setiap minggu. Rumah sewa pun perlu dibayar setiap minggu. Cash flow tak cantik kalau income takde tapi kena bayar sewa rumah setiap minggu.

Mahu saja kami sewakan penginapan kami untuk 2 minggu tu. Tapi atas kurang persediaan, kami tak sewakan.

Jadi, aku nak story sikit pasal perasaan aku bila balik ke Malaysia, dan apa yang kami lakukan sekembalinya ke sana.




Menjejaki langkah yang ditinggalkan

Bermula dari KLIA2, kami menjejakii semula langkah akhir yang kami tinggalkan. Perasaan tu macam mengutip semula langkah dan bekas yang kami tinggalkan suatu masa dahulu. Susah nak gambarkan oleh kata-kata. Satu perasaan yang susah untuk dizahirkan.

Nak selit sikit satu cerita, kami disambut oleh wajah masam pegawai imigresen di kaunter Malaysia. Senyum pun tidak. Bagi salam pun tak dijawab. Berbeza dengan di kaunter immigresen di Sydney. Kami di sapa dengan wajah ceria. "Hi, how are you?' itu paling koman. Siap wish safe journey lagi. Bila sampai di Malaysia, suami aku bebal. "bisu agaknya"

Kakak ipar ku mengambil kami di airport. Kami makan di Pappa Rich KLIA2. Aku order nasi lemak. Menyesal. Selain harga yang lebih mahal dari Australia, aku disajikan oleh timun basi. Sedih.

Itu baru 2 insiden dan masih dalam kawasan yang sama. Belum keluar lagi dari perkarangan airport.

Berkunjung ke rumah saudara mara

Sebelum kami migrate, kami tak sempat berkunjung ke seluruh rumah saudara mara. Jadi di kesempatan ini aku singgah ke rumah bapa saudara ku di Sg Besi dan singgah ke rumah paklang di Simpang Pulai. Dalam perjalanan kami dari KLIA2 hingga ke Perak, sambil tu kami menziarahi keluarga.

Hidangan yang sangat menyelerakan di rumah bapa saudaraku di Sg Besi. Sungguh aku rindukan hidangan tengah hari seperti itu. Paklang siap simpan kan durian buat kami. Merasa jugaklah suami aku durian hasil dari kebun paklang.

Seterusnya perjalanan kami diteruskan ke rumah aku. Ada juga kawan-kawan yang bertanya. Balik mana? Ya Rabbi. Aku ni kan dah berkahwin. Mestilah aku balik kedua-dua belah pihak. Buleh hang tanya aku balik mana? Haih. Takkan lah aku yang menetap di Sydney ni balik Perak semata. Suami aku pun ada ibu bapa juga untuk diziarahi. Kepulangan kami kali ni lebih banyak bermalam di belah Perak sebab ibu bapa mertua ku akan ikut kami pulang ke Sydney selama 3 bulan.

Tautan kasih Wafiya dan pengasuhnya

Sebelum kami bertolak sampai ke Kedah. Kami singgah ke Pulau Pinang untuk mempertemukan Wafiya dengan pengasuhnya. Jadi hiba pula saat tu. Rindu sungguh pengasuhnya terhadap Wafiya. Dan semestinya pengasuhnya terkejut dengan Wafiya yang kini berbahasa Inggeris. Impress!

Wafiya bagitau pengasuhnya, "Malaysia is too hot" . Terkejut semua. Haha.



Bertemu kawan-kawan

Apabila pulang ke Malaysia, ramai kawan-kawan roger nak jumpa. Aku rasa mungkin sampai satu tahap, aku akan pulang ke Malaysia diam-diam. Haha. Supaya masa digunakan lebih buat keluarga. Tapi itu hari aku umumkan satu semesta kepulangan kami sebab aku open order Personal Shopper.

Dan masa banyak dihabiskan atas jalanraya. Sampai letih rasa memandu. Suami aku bunyi jugaklah. bila hari yang boleh duduk diam di rumah. Aku siap prepare itinerary lagi untuk balik supaya masa 2 minggu itu digunakan sebaiknya. Tapi aku letih. Dah lah letih buat personal shopper tak hilang lagi. Balik Malaysia pun bertambah letih. Balik semula ke Sydney lagi lah letih.

Tapi sangat fun. Jumpa kawan-kawan. Bertukar-tukar cerita. Borak-borak sampai tak ingat dunia. Menjejaki kembali memori dan kenangan yang dah berlalu pergi.



Malaysia, syurga makanan

Bila dengar berita nak balik Malaysia, semua excited dan sedia untuk memasakkan untuk kami macam-macam menu. Mama aku masak macam-macam. Kuah durian, tapai, asam pedas, nasi lemak, asam keladi. Pergh.. hari-hari dapat makan menu favourite. Wafiya pulak tiba-tiba peminat tegar roti canai cicah kari. Tiap pagi atok belikan roti canai kat dia. Dia sorang makan sampai 2 keping. Haha.

Tak kurang juga ipar duai sanggup masak macam-macam untuk kami. Dapat merasa mee rebus daging banyak air tangan kak ipar di Banting. Satu penghargaan yang buat aku terharu. Moga murah rezki diorang dan moga ikatan kekeluargaan lebih erat.



Enjoy cuaca di Malaysia

Aku pulang ke Malaysia pada musim sejuk Itu satu bonus buat kami. Bosan dengan baju berlapis, akhirnya kami dapat juga menikmati hangat nya cuaca di Malaysia. Ini lah perkara yang paling buat aku happy. Letih sangat dengan cuaca sejuk di Australia. Seronok tengok anak aku berlemoih peluh macam balik dari berkebun. Seronok dapat pakai selapis.

Orang selalu cakap, bestnya dok Australia. Sejuk.

Sejuk tu kau boleh kata best bila datang melancong 5 hari. Kalau kau duduk 5 bulan kesejukan pasti kau sumpah seranah dan lari balik Malaysia. Huh.



Barangan di Malaysia mahal-mahal belaka.

Selalu aku tak amik port pun hal politik atau isu isu yang berlaku di Malaysia. Tapi bila aku turun padang membeli barangan, aku culture shock hanya dalam Econsave sahaja. Mak aku pun heran juga apa dibuat lama sungguh keluar. Mana taknya, aku spend 2 jam dalam Econsave. Aku merasakan barang-barang yang dijual sangat mahal.

Bila duduk di Sydney biasa keluarkan duit angka kecil-kecil. Balik Malaysia, harga barang semua angka besar-besar. Tu yang terasa sangat tu.



Tak banyak yang berubah

Apabila aku melangkah masuk ke taman perumahan mak ayah aku, suami aku tanya Wafiya mana rumah opah. Wafiya dah tak cam. Sebab rumah opahnya dah tambah di bahagian dapur.  Saat ketika melangkah masuk ke rumah mak ayah aku, keadaan masih sama. Bila aku masuk ke bilik, segala kotak yang aku tinggalkan masih sama.

Aku buka semula kotak-kotak tersebut. Terus memori setahun yang lalu saat aku kosongkan rumah aku di Penang bermain di minda. Saat aku memasukkan barang aku ke dalam kotak tersebut, kenangan itu bermain di kala aku membuka kotak itu semula. Aku mencari diri aku yang dulu. Sedikit sebanyak mengusik perasaan.

Kawasan Batu Kawan banyak berubah. Kawasan ni adalah kawasan yang aku tempuh hari-hari selama 7 tahun lebih. Aku pernah tinggal di Batu Kawan. Banyak yang telah berubah terutama sekali pembukaan Ikea. Dulu, jalan itu yang aku tempuh hari-hari untuk pergi kerja. Aku lah yang menyaksikan pembinaan Ikea. Tapi aku  bukan menjadi orang pertama yang menjengah ke Ikea Batu Kawan. Oleh kerana aku teringin meatball Ikea, aku singgah juga. Meatball di Ikea Sydney haram di makan.

Dalam hati sebenarnya berkobar nak ke kawasan perumahan kami dahulu. Risau juga hati luluh sayu. Maka, tak jadi lah kami meronda kawasan Bandar Perda. Lagipun, kesuntukan masa sangat.


Keputusan ingin terus menetap di Sydney

Apabila di nilai semula, kami buat keputusan untuk menetap lagi di Sydney. Untuk sampai bila tu aku tak pasti. Selagi masih bertiga, selagi masih muda, aku rasa aku akan teruskan juga untuk menetap di luar negara. Aku tak decide untuk tinggalkan tanah air terus. Tapi mungkin cukup untuk 2 hingga 3 tahun lagi. Untuk pulangkan ke Malaysia semula memerlukan modal yang besar untuk memulakan hidup baru. Sekurang-kurangnya kereta perlu ada.

Kami perlu ada modal yang besar supaya modal penghijrahan kami dulu ke Sydney terbayar. Lagipun, masih belum puas untuk menjelajah satu bentuk kehidupan di luar sana. Masih banyak lagi yang ingin kami lakukan. Satu tahun masih belum cukup untuk darah muda seperti kami.

Terus belayar

Malaysia is your homecountry. Usah membenci. Dengan Malaysia, aku ada jiwa. Dengan Australia, aku ada cita-cita. Tidak sesekali aku membenci Malaysia di saat aku tinggalkan dan sehingga kini. Cuaca di Malaysia dah seelok-elok dengan fitrah kita sebagai manusia. Makanan di Malaysia semua tak nak kalah. Saudara-mara, kawan-kawan semua mengisi kekosongan. Jika di luar negara, kita akan rasa sunyi. Hanya di temani rakan-rakan sekali sekala.


Malaysia, aku akan pulang.
Suatu hari nanti.

No comments:

Post a Comment

Akhirnya Aku Dapat Habiskan Pengajian Master in Telecommunications Engineering di UNSW

Term 3 Tahun 2023 iaitu sesi terakhir pengajian aku. Term terakhir bagi aku. Term yang aku selesaikan baki subject yang belum diambil untuk ...