Friday, 6 December 2019

Towards the Unseen Future

Pernah tak, dulu kita terbayang apa akan jadi kat kita lagi 5 tahun? 10 tahun?

Takde sape pun tahu, kan?

Sekarang, cuba kita toleh kembali ke belakang,

"oh.. rupanya lagi 5 tahun tu...lagi 10 tahun tu... aku di sini. Jadi begini. Hidup di sini..."

Masa depan tu penuh misteri.

To the bright future
Kita tak jangka, kita tak duga. Kadang kita buat sesuatu keputusan yang melibatkan masa depan kita tu, kita tak pasti. Adakah baik ataupun adakah kesan buruk bagi kita.

Kita kena cuba. Berdoa moga Allah tunjukkan jalan yang terbaik untuk kita.

Bila tanya aku sekarang, berapa lama aku akan stay di Sydney, aku pun tak pasti. Aku tak ada jawapan. Beberapa kali juga aku bingung. Sudahnya aku tak nak fikir. Just keep walking. Prepare plan A or B.

Jauh di sudut hati aku nak juga balik semula ke Malaysia. Aku rasa Malaysia sangat best. Tapi, untuk balik semula ke Malaysia, biarlah punya persediaan yang cukup dari segi financial untuk mulakan hidup baru.

Ramai orang mengimpikan pengalaman hidup di luar negara. Ya. Bagi aku, peluang begini perlu dikecapi once in a lifetime. Jika korang ada peluang, harus cuba bagaimana hidup di perantauan.

Bagi aku, aku nak raih pengalaman di rantauan. Bagi orang lain, mungkin ada yang ada target untuk cari rezki, untuk dapat higher education, ada yang dipindahkan tempat kerja, ada yang mengikut pasangan.

Kalau dulu, hidup di luar negara ni adalah angan-angan aku sejak kecil. Aku pernah give up di kala aku lelah berusaha. Aku pernah rasa yang aku mustahil untuk dapat. Tapi itulah vision board aku yang akhirnya aku dapat juga kecapi di waktu yang tepat dengan insan yang tepat. Rupanya, Allah tunaikan impian aku ini sekarang. Bukan dulu. Bukan lagi 20 tahun lagi.


Kalau tanya kawan-kawan sekolah aku dulu, mesti diorang kenal aku sebagai seorang yang loser. Ya. Aku rasa satu kesilapan juga masuk ke sekolah teknik dulu. Aku kenal dengan insan yang salah yang akhirnya menghancurkan semangat membara aku untuk kejar keputusan SPM yang cemerlang. Aku kecundang. Sekali lagi impian aku untuk meniti jalan yang aku rasa belajar di luar negara itu adalah peluang untuk aku merasai kehidupan lain dari tanah air. Aku tewas dengan perbuatan manusia yang mengecewakan perasaan aku dan memberi impak yang besar sampai aku tak fokus belajar. Silap. Aku silap masuk sekolah teknik dulu. Padahal elok jer kalau aku bersekolah di sekolah asal aku di kampung.

Oleh kerana keputusan SPM tak bagus, aku hanya layak ke politeknik. Walaupun ada juga beberapa noise yang buat aku kurang selesa untuk menimba ilmu di sini, tapi aku ada kekuatan lain untuk aku perbaiki apa yang aku dah lalui semasa di sekolah teknik dulu. Alhamdulillah, di politeknik aku dapat juga skor pointer yang memuaskan. Aku berpeluang mendapat pekerjaan yang bagus sejurus selepas aku selesai peperiksaan akhir semester.

Namun, sekali lagi aku rasa aku silap menyambung pelajaran di universiti. Aku sekali lagi tewas dengan perbuatan manusia yang menganggap perasaan hanya mainan. Aku tak dapat skor keputusan yang baik sepanjang pengajian aku di universiti. Aku mula rasa kesal. Alangkah elok jika aku terus kerja di Intel. Gaji yang bagus, rakan sekerja yang baik. Aku pun tak sangka, sebaliknya pula kesan yang aku dapat. Pointer yang kurang bagus ni sekali lagi menggagalkan aku untuk mendapatkan biasiswa untuk melanjutkan pengajian master di luar negara. Terkubur sekali lagi harapan aku.

Aku cepat-cepat mengakhirkan zaman bergelar siswazah. Walau keputusan macam sampah, aku tak nak repeat sem untuk perbaiki. Aku perlu keluar dari zaman ini secepat yang mungkin. Cukuplah manusia-manusia yang pernah hadir dalam hidup aku setakat ni. Aku perlu kehidupan baru. Kehidupan bersemangat untuk kejar cita-cita aku.

Alhamdulillah, aku mendapat kehidupan baru semasa aku bekerja. Di tempat baru, orang-orang baru. Semasa aku bekerja, aku kejar semula cita-cita aku. Aku buat apa yang aku suka. Aku dapat travel ke sana sini. Aku merasakan yang sepatutnya zaman muda aku, zaman bergelar siswazah sepatutnya aku habiskan dengan menjelajah, meraih pelbagai pengalaman. Tapi pengalaman lain pulak yang aku dapat. Aku yang sia-siakan zaman belajar dulu.

Sehinggalah tahun 2018, timing yang cukup cantik, dengan pampasan yang diberikan oleh company tempat aku bekerja, aku dapat kejar cita-cita aku semula bersama suami yang menyokong dan punya impian sama dengan aku.

Kalau dulu, takde sapa pun jangka aku boleh pergi sejauh ini. Dulu orang pandang aku sebelah mata. Aku pun rasa diri aku macam sampah. Tak berguna. Loser. Ya, perjalanan aku panjang dan lambat. Kalau dulu mungkin korang dah terlebih awal sampai. Aku redha, sebab perjalanan yang lambat ni pun atas kesilapan aku jugak.


Apa yang aku lalui ni, aku nak share pada insan-insan yang punya impian sama dengan aku. Aku nak bantu dan tunjukkan jalan, cara bagaimana korang boleh berhijrah dengan cara yang betul. Aku nak dorong korang supaya korang yakin korang dapat capai juga impian nan satu ini.

Macam aku cakap tadi, pengalaman hidup di luar negara ni sangat berharga di mana korang perlu cuba sekali seumur hidup. Korang perlu uji dayatahan diri korang, mampu atau tidak untuk keluar dari zon selesa. Dari situ lah kita dapat bina jati diri. Attitude perlu dijaga untuk membina society yang harmoni.

Homesick oii!!!

Walauapapun, walau sejauh mana sekalipun aku merantau, aku akan pulang juga ke tanah air tercinta. Aku suka Malaysia. Aku bangga menjadi warga Malaysia. Walau korang cemuh negara yang korang duduk, percayalah, perasaan cintakan negara tu lebih kuat apabila korang berhijrah jauh.


Now, aku pun memikir apa yang akan berlaku pada tahun hadapan, tahun berikutnya dan juga seterusnya. Yang aku tau, aku nak ke arah

minimalis.



"Less stuff, less clutter, less stress."
.
"More time, more meaningful, more growth, more contribution and more contentment."

No comments:

Post a comment

Visa Kerja di Australia : Things You Should Know About Skill Visa

Assalamualaikum, readers. Sebelum ni aku banyak cerita tentang student visa jer kan. Actually ada visa lain yang aku sedang consider dan a...