Thursday 30 January 2020

Urusan Sekolah Anak di Sydney, Australia - PART 4 : Uniform Sekolah

Masa pergi pejabat enrol Wafiya, kan aku dapat satu fail penuh khazanah maklumat tu kan. Dalam tu siap ada maklumat kat mana boleh beli uniform sekolah. Setiap sekolah, berlainan uniform. Nak tukar sekolah kena fikir banyak kali juga sebab bertukar uniform.

Antara sekolah pun tak sama uniform. Kesemua uniform ini dijual di satu warehouse. Pihak sekolah dah beri maklumat lengkap. Contoh pemakaian dan ada senarai harga uniform. Maklumat masih relevant dan harga masih sama seperti yang tertera.

Aku tunggu duit cukup baru pergi beli uniform Wafiya. Lagipun, menunggu visa untuk tahun yang baru pun sama. Masa ni kami masih bridging menanti student visa yang baru. Rugi pulak kalau beli uniform siap-siap sebelum dapat tahu confirmation status renewal visa.

Tetapi, pada akhir bulan January masih belum dapat jawapan status visa. Sekolah nak bermula lagi seminggu. Maka aku decide untuk beli juga uniform Wafiya. Tapi beli yang penting jer dulu.

Setiap musim berlainan uniform. Oleh kerana sekarang baru musim panas, aku jimat-jimat beli uniform musim panas dulu. Selebihnya aku tunggu status visa baru beli uniform musim sejuk.

Aku dan Wafiya berjalan kaki ke perhentian bas. Kami menaiki bas dan turun 300 meter dari warehouse yang dituju.

Tu gudangnya berwarna biru
Apabila masuk ke warehouse tersebut, agak terkejut begitu banyak uniform dari pelbagai sekolah. Aku disambut mesra oleh staff. Tanpa melengahkan masa dia tanya sekolah mana dan dia suggest saiz yang bersesuaian dengan Wafiya.

Terus dia masukkan dalam cart dan menghantar kami ke fitting room. Wafiya so excited. Tersenyum aku melihatnya.

fitting room

Anak aku dah besar rupanya. Teringat aku masa kecil. Emak membelikan uniform sekolah untuk aku. Kini giliran aku pula membesarkan anak dengan tangan sendiri. Hakikatnya, anak kecil tidak tahu bahawa mereka melangkah ke alam persekolahan bertahun lamanya. Kira-kira 13 tahun.

Satu persatu uniform kami cuba. Tak de masalah. Memang saiz tu jer pun yang ada. Bagi kanak-kanak kindygarten.

Apabila setuju, aku membayar harga uniform. Total $260. Agak tercekik juga. Nasib baik baru anak sorang. Kalau anak berendet. Baru faham struggle nya mencari duit kalau anak ramai.

Kami terus berjalan kaki keluar menunggu bas untuk pulang.

Honestly aku agak terkial-kial dalam menyiapkan persekolahan Wafiya. Kalau di Malaysia kita dah tahu uniform nya macam mana. Aku tak tahu rule kat sini macam mana. Stokin yang macam mana. Kasut yang macam mana. Kasut sukan yang macam mana. Mujur sempat aku ambil nombor telefon kenalan Indonesia yang merupakan penduduk tetap di sini. Sedikit sebanyak dapatlah ganggu beliau dengan soalan-soalan simple tapi buat aku celaru.


Katanya, kasut sekolah boleh beli jenama Mary Jane. Satu hari aku ke Aldi cadangnya nak beli alat tulis sekolah Wafiya. Tapi ternampak ruang kasut sekolah Mary Jane dijual. Aku ambil sepasang.

Selepas ke Aldi, aku meronda pula ke Target. Aku terjumpa lagi kasut Mary Jane. Tapi yang ini lebih selesa. Lagi sedap dipijak. Aku beli juga. Kasut yang aku beli di Aldi tu aku pulangkan dan dapat refund. Bagitulah. Tak salah terlajak membeli. Tak suka, boleh pulangkan. Tak perlu berjalan kaki berulang kali untuk pegi beli balik.Yang mana jumpa rembat terus. Sebab ni pengalaman pertama aku.

Yg kanan tu Mary Jane beli di Aldi. Aku return yg tu sebab macam keras dan tak selesa.

Aku cari juga kasut sukan. Tak jumpa yang berkenan. Jadi aku hold dulu tunggu betul-betul apabila sekolah bagitau kanak-kanak kindy memulakan sport day diorang baru aku beli. Dapat juga berjimat dan beli yang mana penting dulu.

Suami aku semedang suruh beli jer semua. Untuk puteri kesayangan dia. Tugas aku menyukat dan mengukur kewangan. Tau bajet, rangka timeline untuk membelanjakan wang. Hidup sekarang dah tak seperti dulu. Dulu mewah dan senang. Sekarang sukat duit setiap minggu.

Apapun, syukur dengan pengalaman yang baru. Aku lebih menghargai apa yang ada.

Wafiya akan memulakan sesi persekolahannya. Tak ku sangka dia akan bersekolah di sini. Aku sangka kan mungkin kami akan kembali ke Malaysia sebelum dia menjengah umur wajib ke sekolah. Due to some circumstance, Wafiya dah kena ke sekolah.

Gembira dia dapat menyarung uniform dress. Dengan sepatu hitam. Syukur Alhamdulillah. Rezki Allah Taala bagi di bumi asing ini. Terima kasih daddy, mencari rezki buat kami.

Sedikit panduan harga uniform sekolah anak-anak di sini. Ni pakaian sekolah rendah di public school.






2 comments:

  1. Hello sis,,,kitaorg barcadang nak berhijrah ke Australia tahun depan... Best sangat baca blog sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai sis nad, Terima kasih sudi baca blog saya. Moga bermanfaat. Semoga berjaya mencapai apa yang dihajati.

      Delete

Akhirnya Aku Dapat Habiskan Pengajian Master in Telecommunications Engineering di UNSW

Term 3 Tahun 2023 iaitu sesi terakhir pengajian aku. Term terakhir bagi aku. Term yang aku selesaikan baki subject yang belum diambil untuk ...