Saturday 28 March 2020

Pengalaman Ambil Exam PTE di Sydney

Assalamualaikum readers,

Sebelum ni aku dah dua kali ambil IELTS. First time aku ambil di Penang semasa persediaan untuk mengorak langkah ke negara orang. Kali kedua aku ambil di Sydney untuk melepasi requirement permohonan PR. Keputusan tetap sama kurang memuaskan. Of course aku down. Rasa letih. Rasa macam memang takde harapan untuk aku stay permanently.

Aku biarkan masa berlalu macam tu jer. Melayan rasa give up aku ni. Masa tu, visa kami hampir tamat, kalau nak ambil IELTS lagi sekali dan go through assesment kemudian EOI memang tak sempat. Aku dan suami sebulat suara untuk panjangkan student visa lagi.

Wollongong Breakwater Lighthouse
Biasalah. Semangat ni ada turun naiknya. Sekali lagi aku didatangi rasa mahu mencuba. Tapi aku taknak ambil IELTS lagi dah. Test ni aku rasa high level sangat dan tak sejiwa dengan aku. Aku cuba PTE pula.

Dalam waktu aku uruskan visa baru, sambil tu aku buat persediaan PTE. Aku pergi kelas PTE selama sebulan dengan bayaran $300. Ya. Aku rasa PTE kena sangat dengan ability aku. Aku suka PTE lagi compare dengan IELTS.

Lepas tamat kelas persediaan PTE, tengok-tengok visa baru aku masih belum diberi jawapan. Kalau aku booking exam date PTE, kena keluarkan duit. Aku ada rasa risau kalau-kalau visa tak dapat, kami kena balik dengan wang simpanan yang tipis. Jadi, aku rasa ada baiknya kalau aku book exam PTE selepas dapat visa.

Kelas persediaan
Tunggu punya tunggu, punyalah lama. Visa tamat December. Aku mohon visa baru pada hujung November. Alih-alih visa baru dapat pada February. Hurm.. gitulah kalau urusan di hujung tahun mesti akan lambat proses sebab diorang cuti panjang. Cuti krismas, new year dan Australia Day. Memang kena allocate lebih masa kalau urusan melibatkan pada hujung tahun. Diorang memang kasi bridging siap-siap masa aku lodge pada November tu. Bridging automatik diaktifkan bila visa dah tamat dan bridging dimatikan apabila keputusan visa baru dikeluarkan.

Bila visa dah granted pada February, aku pun mula booking exam date pada March 2020. Exam PTE berharga $380. Sebelum tu aku ada beli mock test juga di Pearson website. 3 set test berharga $130. Hah kira balik berapa banyak wang aku laburkan untuk English requirement sahaja. Gitulah nasib orang yang biasher biasher ni. Kalau orang yang English tu memang makanan dia, takde lah sebanyak ni. Aku ni gitulah, jalan aku panjang. Lambat sungguh nak capai.

Exam PTE aku betul-betul sebelum pandemic Covid-19. Masa aku ambil exam tu dah memang kena social distancing, pakai hand sanitizer dan bilik exam disembur spray anti bacteria. Selepas aku exam PTE memang exam center tutup sebab Covid-19.

My exam day
Aku ambil exam di Sydney city. Naik train dan jalan kaki. Naik lif ke tingkat atas. Kemudian kena ambil gambar. Masuk bag dalam locker. Kena thumbprint. Kemudian aku diberikan laminate paper dan pen mata halus whiteboard marker untuk buat conteng. Sebelum masuk exam room kena thumbprint lagi. Satu room tu dalam 10 orang. Aku nervous kat microphone. Risau dibuatnya tak ok ke. Memang sebelum exam tu aku kalut skit headphone set aku tu. Asyik kacau pengawas peperiksaan tanya ok ke microphone aku tu.

Orang lain dah mula. Cakap pompang pompang punya lah bising. Aku pun kalut mulakan exam. 3 jam weh. Tumpo. Sebelum tu aku memang dah buat mock test 3 kali di rumah. Writing aku memang memuaskan. Aku risau kat speaking. Masa mock test speaking aku rendah. Aku fikir mungkin microphone kat rumah tu problem.

PTE exam ni start dengan Speaking, kemudian Writing, then Reading and last sekali Listening. Lepas habis writing, ada break time. Boleh keluar kalau nak ke tandas. Aku taknak ke tandas. Aku nak duduk diam-diam jer depan komputer. Sambil pejam mata. Rasa letih otak. Letih mata. Tak lama lepas tu pengawas peperiksaan masuk dan tegur aku suruh mula Reading. Rupanya, hanya boleh stop kalau nak ke tandas jer. Other than that, tak boleh duduk diam saja depan komputer. Kena teruskan juga. Hok aloh.

Bilik exam tu dikelilingi CCTV. Candidate semua mengadap dinding. Pengawas peperiksaan di belakang candidate with all the cctv.

Orang lain semua dah sattle dan keluar dari bilik exam. Aku rasa terganggu. Tu yang aku menyampah exam-exam ni. Thats why aku study kat sini takde exam. Buat assignment jer.

Last sekali Listening. Alhamdulillah aku dapat jawab semua.Takde pun yang tinggal. Dalam english ni aku suka listening jer. Lain-lain aku tak suka. Haha. Rezeki aku, part writing aku dapat satu soalan essay jer. Aku risau kalau dua soalan essay, aku cepat drain. Bagi aku, kebolehan aku tak boleh diuji dalam masa 3 jam. Haha. Banyak cantik muka kau. Ikut pale sendiri jer yer.

Lepas habis exam aku rasa merdeka betul. Lapang dada. Lagi 5 hari results akan keluar. Lepas habis exam tu dapat mesej dan email kena jawab survey ape semua tu. Keesokan paginya aku dapat mesej yang aku dah boleh check results. Hawau. Cepatnya. Kata 5 hari. Ini takdan sehari dah keluar results. Aku pun check lah result.

Tengok-tengok,
hurm... results aku macam tangga. Writing punyalah mencanak tinggi. Dalam dok rendah kat IELTS. Tapi dalam PTE, writing aku punya lah tinggi markah. Kemudian Listening, then Reading, results macam tangga. Yang paling corot ialah Speaking. Hurm. Aku dah agak dah. So, inilah jawapannya. Tak mungkin microphone di rumah tu rosak. Sebab real exam pun speaking rendah.

ini requirement from skill assessor aku iaitu Engineer Australia. Aku mula target nak 50 jer sebab nak kasi sattle EA ni. Tapi tak lepas jugak sebab speaking dapat 49. Yang lain lepas dah.

Pemarkahan PTE lain dengan IELTS. IELTS ada band 6, 7, 8, 9. Manakala PTE pula ada 50, 60,70,80 camtu. Untuk aku layak apply assesment dengan Engineer Australia, aku kena dapat PTE minimum sekurang-kurangnya 50 each module. Guess what, Speaking aku dalam PTE ialah 49. Hampeh betul. Satu markah jer lagi. Kalau tak, aku dah boleh buat Engineer Australia. Ikutkan aku nak skor 80 untuk dapat point tinggi untuk apply PR. Tapi kalau aku tak mampu, tak apa. Sebab aku boleh buat lagi. Actually, aku harap lepas 50 each module jer sebab nak sattlekan Engineer Australia, kemudian ambil lagi untuk skor tinggi for PR, itu lah plan aku. Tapi ni assesment dengan Engineer Australia pun tak lepas sebab kantoi kat speaking dapat 49.

Aku nak book lagi exam tapi memandangkan exam center tutup sebab Covid. Plan aku tergendala. Masa dah banyak terbazir. Mula-mula terbazir sebab tunggu visa. Kali ni nak tunggu Covid reda pulak untuk aku book exam date. Macam-macam hal lah.

Aku kira lagi garis waktu. Memang tak sempat untuk aku sattlekan semua ni before umur aku meningkat to 33 this September. Aku sebenarnya buat kalut dari awal tu sebab aku risau umur aku menjangkau 33. Sebab, bila umur langkah ke 33, aku akan kekurangan 5 point untuk apply PR.

Kalau umur aku dah cecah 33, aku kekurangan 5 point. Ini point criteria to get invitation.

Dan, aku reda. Biarlah umur aku 33 sekalipun, memang tak sempat sebab semua proses ni kena tunggu dapat invitation juga kot mana pun.

Aku reda. Tak mengapalah. Aku buat jer mana yang aku mampu. Macam-macam plan aku dah aturkan untuk terus tinggal di sini. Tengoklah mana rezki dan nasib kami. Aku juga tak henti-henti mohon petunjuk dari Yang Maha Kuasa. Jika rezeki kami tertulis di sini, permudahkanlah. Jika rezki kami di tanah air sendiri, dorongkanlah. Aku dah tak kisah mana-mana. Sebab aku dah capai apa yang aku nak. Aku dah merasa pengalaman tinggal di negara orang. Untuk balik pun tak ada masalah.

Kalau english aku Superior, tengok, aku boleh dapat 20 point.

Jauh lagi perjalanan aku. Aku baru berada di cabaran pertama.

Superior English. Tu target aku untuk dapat 20 point. Means PTE aku kena dapat 79+


Berbalik pada PTE tu tadi. Kalau korang rasa IELTS tu susah dan tak sebati dengan ability korang, try lah ambil PTE. PTE ni format dia banyak. Mula-mula kena familiarize dulu bentuk soalan. Macam-macam.

Speaking
Read aloud
Repeat sentence
Describe image
Retell lecture

Writing
Summarize Written Text
Essay

Reading
Fill in the blank
Reorder paragraph

Listening
Summarize spoken text 
Fill in the blank
Highlight incorrect words
Write from dictation


Honestly, aku mula-mula muak banyak sangat format. Percayalah, bila practise selalu, mesti tak jadi masalah dah. Yang aku list atas ni yang penting.

Aku refer trainer aku, apa masalah speaking aku ni. Rupanya sebab speaking tu aku beria berintonasi. Actually, tak perlu pun. Kena cakap mendatar, flat. PTE ni just kena pandai tackle algorithm, pasti boleh skor.

Harga IELTS dan PTE di Australia sama jer, $380. Tapi kalau kat Malaysia, harga PTE lagi murah dari IELTS. So, better korang ambil PTE jer. But depends pada  requirement institusi tu jugak. Kalau dia nak IELTS jer, tak terima PTE, so korang kena ambil IELTS jer lah. Australia memang terima PTE. Kalau nak ke Australia, korang ambil lah PTE.

Kalau korang rasa tak terer kat Writing, better ambil PTE. Pasti boleh skor punya. Korang jangan mai mintak kat aku buku pulak. PTE ni berkomputer. Aku buat latihan semua di website. Website yang korang boleh pratise ialah :


Aku guna yang ni jer selalu. Pastu aku beli mock test $130 kat website Pearson. Aku beli pun sebab dalam dollar, aku rasa murah. Kalau guna RM agak terbeban jugak aku rasa. Sebab nak beli tu dalam USD. Lepas ni, aku akan make sure speaking aku tak berirama, mock test aku tinggi semua module, baru aku book exam date. Selagi tak lepas mock test, aku taknak book exam date.

Mock test tu macam real exam. Dia akan bagitau results kesuluruhan kita berapa. Honestly, memang tally dengan real exam punya results. Aku dah berpengalaman hal ni. Thats why aku taknak bazirkan lagi $380 untuk book exam selagi mock test aku tak lepas.

Aku ingat, aku nak share tentang setiap satu format soalan PTE tu lah. Aku share di post lain ok.

Thanks for reading. See you in the next post.


2 comments:

  1. ok done reading. Thank you explain. umi azrini

    ReplyDelete
  2. Great post! I am getting ready to go across this information, It's very helpful for this blog. Also great with all of the valuable information you have. Keep up the good work you are doing well.Thanks for guiding students with valuable information. The representation and layout of the post are also very good. For those preparing for PTE-A, you have to be familiar with the actual test. Buy scored PTE mock test and get your scorecard within 10 mintues and View Test Analytics for further improvement.

    ReplyDelete

Akhirnya Aku Dapat Habiskan Pengajian Master in Telecommunications Engineering di UNSW

Term 3 Tahun 2023 iaitu sesi terakhir pengajian aku. Term terakhir bagi aku. Term yang aku selesaikan baki subject yang belum diambil untuk ...