Monday, 2 March 2020

Pesanan Buat Mereka Yang Ada Niat Berhijrah ke Luar Negara

Assalamualaikum.

Kita tak boleh simply nak berhijrah ke luar negara apabila sedang menghadapi sesuatu masalah di Malaysia. Ianya seolah-olah nak lari dari masalah. Kehidupan di luar negara bukan mudah. Jika kita lari dari masalah, datang pula ke tempat baru yang semestinya bukanlah dari kebiasaan kita, semestinya ia menambahkan lagi beban untuk dipikul.

Jika boleh, selesaikan komitmen di Malaysia kemudian barulah ke luar negara. Jika rasa mustahil untuk selesaikan, set kan timeline, bila komitmen tersebut akan selesai jika kita sudah menetap di luar negara. This is in terms of money commitment.

When it turns to relationship conflict, please do not go straight decide to migrate. Hati terluka belum diubati. Bertambah berat beban di dada apabila datang ke tempat baru untuk adapt new life dan menanggung kecewa. 

When it turns to kids education, you are seeking for better education in another country, kita kena consider yuran persekolahan anak. Kalau dah permanent resident, mudah, yuran percuma. Tapi kalau student visa? Macam mana nak bayar yuran sekolah anak? Yuran bukan murah. Untuk tadika di NSW sahaja dah $10, 000 per year. Kalau migrate ke UK, sekolah anak free. Tapi berapa lama jer boleh stay di UK? Kalau hanya student visa mungkin hanya setahun hingga lima tahun sahaja boleh stay. Akan jadi masalah kat anak bila terpaksa balik ke Malaysia apabila visa sudah tamat. Untuk migrate ke Australia, ada peluang untuk apply permanent resident jika dibandingkan dengan UK. Tapi jika menggunakan student visa, yuran sekolah di Australia sangat mahal. Kalau nak yuran sekolah percuma, kita kena sambung PHD di Australia. Faham tak beza dua negara ni? Perbezaan UK dan Australia in terms of yuran sekolah dan visa kita.

View from Bald Hill Lookout

Tak semua orang sesuai untuk berhijrah ke luar negara. Boleh baca post yang ini. Langkah pertama jika hendak berhijrah, kena ada ilmu tentang visa. Tak perlu tanya susah atau senang untuk dapatkan visa. Kita semua berbeza latarbelakang. Ada yang kerja profesional di Malaysia. Ada juga yang hanya lepasan SPM. Ada juga yang sudah berusia. Setiap latarbelakang inilah menentukan susah atau senang proses permohonan visa.

Ada beberapa perkara kita kena consider kalau hendak berhijrah :


1. Visa

Check immigration website negara yang kita inginkan. Gunakan visa finder dan semak visa apa yang sesuai untuk kita mohon. Dipendekkan cerita, student visa jer yang mudah untuk kita mohon. Student visa ada working right, boleh stay legal dan boleh lead to permanent residency. Sebenarnya malas nak kupas tentang visa kerja. Orang sentiasa ingat visa kerja di luar negara seperti di Malaysia, simply apply permit. Semestinya tidak! Untuk mohon visa kerja di Australia, korang perlu ada IELTS atau PTE, korang perlu ada skill experience. Kalau dapat sponsor dari majikan, you are lucky. Tapi peluang ini satu dalam sejuta. Kalau tiada pekerjaan, boleh apply visa terlebih dahulu. Tapi pastikan korang memang ada profesional experience di Malaysia. Boleh guna independant work skill visa. Visa ini ialah Permanent Residency. Argh! rumit lah nak cerita. Sebenarnya tak boleh cerita pun. Korang kena baca sendiri di website. Tu sebab aku kata, pendek cerita, student visa jer lah jalannya. Kalau dapat jodoh dengan Australian, itu lain cerita.


2. Modal

Bila dah tahu tentang visa, korang boleh rangkakan modal untuk go through proses tersebut. Kalau apply student visa, kena bayar harga visa, insuran, medical check up, yuran kolej atau universiti, kena bayar yuran sekolah anak. Kalau korang apply visa kerja, harga visa tu mahal. Yer lah, visa kerja di Australia boleh stay permanently. (work skill independant visa yer, bukan sponsor work visa atau working holiday visa). Tak lupa juga modal untuk permulaan hidup. Modal simpanan emergency. Modal awal-awal nak hidup. Modal tiket penerbangan. Modal untuk sewa rumah.


3.  Umur

Payah juga kalau nak sembang bab umur. Ramai yang dapat kesedaran untuk berhijrah apabila umur semakin menginjak matang. Masa kita muda, kita tak rasa nak berhijrah. Bila sudah bertahun hidup di Malaysia, kerja, kawin, ada anak, akan ada rasa nak berhijrah tapi sayang, umur sudah terlewat. Itu yang saya selalu tekankan, anak muda, berhijrahlah. Cuba lihat dunia luar. Luaskan pandangan. Manfaatkan masa muda. Bagi yang sudah berumur, apa kata anda galakkan anak belajar di luar negara. Dengan cara ini, anda dapat merasai pengalaman tinggal di luar negara. Untuk mohon visa, ada limit umur mengikut range tertentu.


4. Restu

Jika ada niat nak berhijrah, tanya semula pada diri, sudahkah mendapat restu dari kedua ibu bapa, dari pasangan? Ada yang ibu bapa menghalang. Ada yang pasangan tidak berminat. Sejujurnya, restu dari ibu bapa dan pasangan akan memudahkan lagi proses berhijrah.


5. Keberanian

Segalanya tak akan jadi kalau tiada keberanian. Dulu aku tak pernah terfikir pula takut atau berani. Dulu aku fikir nak nak dan nak sahaja. Keberanian hanyalah penghalang pada emosi sahaja. Diri kita akan bekerja sejajar dengan halangan yang ditempuhi. Apabila kita berjaya tempuh sesuatu halangan, barulah kita tahu bahawa kita boleh sebenarnya. Ketakutan hanyalah mainan perasaan yang mengganggu minda.


6. Kental

Sebelum berhijrah, kena semat dalam fikiran, tak semua yang di luar negara itu indah belaka. Anda akan lalui fasa homesick, rindu keluarga, kampung halaman, sawah padi, suasana sarapan pagi di kampung halaman. Homesick ni tak boleh dibuat main. Ianya datang sesuka hati dan pergi pun sesuka hati. Masa di Malaysia, kita nampak luar negara indah belaka. Bila kita berada di luar negara, kita akan nampak segalanya indah jika berada di Malaysia. Di sinilah berbalik pada tujuan. Jika tujuan jelas, kita akan kental semangat. Anda akan melalui fasa merudum emosi dalam fasa awal penghijrahan. That's why kita kena persiapkan mental dan emosi jika hendak berhijrah.


7. Mohon petunjuk

Sentiasa mohon petunjuk pada Yang Maha Esa. Adakah ini betul keputusan yang terbaik buat masa depan kita. Hanya Allah yang tahu sebaik-baik kesudahan dan pengakhiran kita. Boleh jadi berhijrah ke luar negara tidak baik buat kita. Boleh jadi ianya baik untuk kita. Mohon petunjuk pada Allah, jika tertulis suratannya sebegini, mohon permudahkan. Jika bukan begini, mohon kuasa Allah berikan perkara lain yang lebih baik dari ini.


8. Rajin membaca.

Cita-cita nak berhijrah tu dah besar impian. Tapi kenapa masih pegang lagi tabiat malas membaca. Macam mana nak jelajah dunia luar kalau malas membaca? Kena sentiasa rajin membuat kajian tentang visa, persediaan, proses dan langkah-langkah. Takkan nak harap lagi orang lain sogokkan segala benda. Blog ini lain dari yang lain. Sudah aku ceritakan tentang bagaimana perjalananku bermula. Baca saja. Untuk berhijrah bukan kena rajin baca sehari dua. Kena sentiasa ulang membaca sampai faham. Aku dulu amik masa bertahun korek segala maklumat. Memang akan ada ketika kita akan down. Tapi bila semangat tu datang, catat segala maklumat yang kita faham. Buka website negara yang kita mahu duduki. Baca ulang kali sampai faham. Basically semuanya lebih kurang.


Wollongong Breakwater Lighthouse

Setakat ni, ini sahaja yang berada di fikiran. Kalau ada point lagi nanti kemudian tambah. Post ini bukan go further detail. Post ini baru intro kalau dah ada niat, consider dulu beberapa point di atas. Bila semua point dah pass, baru go through modal dan proses application visa.

Till then, bye.

Assalamualaikum.

1 comment:

  1. thank you! i read you!
    salam daripada umi azrini dari Bahrain.

    ReplyDelete

Pengalaman Ambil Exam PTE di Sydney

Assalamualaikum readers, Sebelum ni aku dah dua kali ambil IELTS. First time aku ambil di Penang semasa persediaan untuk mengorak langkah ...