Friday 17 July 2020

Cerita Persekolahan Wafiya di Australia : Semester Pertama

Sesi persekolahan Wafiya bermula pada bulan Februari bagi tahun 2020.

Setiap satu term akan ada term break selama 2 minggu..

Wafiya dah tamatkan semester pertama dengan jayanya. Bermaksud, dua term telah pun selesai. Dari February hingga July.


Bulan Februari penuh rasa excited especially Wafiya kerana ini merupakan pengalaman pertama dia ke sekolah. Sebelum ni dia tak pernah ke mana-mana taska di Malaysia mahupun Australia. 

Banyak perkara yang kami baru tahu tentang sistem persekolahan di New South Wales. Aku katakan New South Wales sebab sistem persekolahan di Australia adalah berbeza mengikut negeri. Bukan satu Australia sama sistem pendidikannya.

Masuk bulan March, kami dah terbiasa dengan rutin. Rutin membawa lunchbox. Rutin pagi-pagi siapkan anak ke sekolah. Rutin pick up anak dari sekolah. Rutin mengatur uniform mengikut hari.

Ada beberapa perkara yang teringin aku nak share dengan kalian. Aku tak pasti bagaimana sistem sekolah di Malaysia sekarang macam mana sebab aku takde pengalaman sekolahkan anak di zaman sekarang. Kalau nak cerita pengalaman aku sekolah dulu, itu 20 tahun lepas punya sistem. Suka untuk aku kongsikan apa yang aku lalui di sini. Aku tak nak compare mana yang bagus mana yang tak bagus. Jauh sekali dari niat aku berhijrah.

My country, buruk or not. If buruk, to be improve. If good, terus jadikan teladan.

Aku cuma nak share apa yang kami lalui semasa sekolahkan Wafiya di sini. Hanya ingin menceritakan ianya tentang apa. Dari sudut pemerhatian kami sekolahkan Wafiya di public school. Kalau di Malaysia, macam sekolah kebangsaan tu.

 

1. Tiada whatsapp group dengan ibu bapa

Nombor telefon cikgu adalah rahsia. Kalau ada apa-apa nak tanya, ibu bapa boleh call pejabat sekolah atau datang ke pejabat. Nanti office lady akan assist.


2. BEE Folder 

Komunikasi antara guru kelas dengan ibu bapa melalui newsletter atau surat yang di masukkan ke dalam BEE Folder. Setiap hari, pelajar akan bawa BEE folder ke sekolah. Kalau ada surat yang ingin di sampaikan, parents mahupun guru boleh selit ke dalam BEE Folder. Kira macam BEE folder ni medium komunikasi between parents dengan cikgu manakala pelajar tolong bawa ke sekolah dan ke rumah.


3. Tiada masalah bag berat

Segala peralatan menulis mahupun mewarna disediakan oleh pihak sekolah. Pelajar tak perlu bawa. Ibu bapa tak perlu beli. 


4. Kepentingan menggunakan apps 

Setiap gambar aktiviti di dalam kelas, setiap mesej dan informasi atau pengumuman di sampaikan di dalam apps. Kalau tak buka atau tak baca, pasti akan terlepas pandang dan tak tahu apa-apa. Attendance pun kita isi reason di dalam apps sekolah kenapa tak hadir. 


5. Tak perlu tukar pakaian sukan

Kalau ada sport pada hari tersebut, tak perlu tukar pakaian. Memang datang ke sekolah dengan pakaian sukan sampai ke balik. Tak perlu bawa baju salin-salin. Zaman aku sekolah dulu kena salin pakaian. Tak pasti zaman sekarang macam mana. Yang menarik perhatian aku, kasut untuk bersukan murid-murid sini adalah kasut-kasut branded seperti Puma, Nike, Adidas, Skechers. Dah jadi macam kasut biasa dibuatnya. Tengok harga memang murah dan mampu milik. 

 

6. Mewajibkan bawa lunchbox

Ini adalah perkara pertama yang buat aku gusar. Aku sangka ini adalah tugas berat. Berat nak fikir untuk bawa bekal apa. Tapi lama-lama dah jadi biasa. Aku sangka payah. Yerlah, setiap pagi nak siapkan lunchbox. Lama-lama dah jadi biasa. Bukan susah pun. Wafiya memang suruh ikut saranan sekolah. Perlu ada buah dan sayur. Wafiya taknak nasi atau mee. Dia nak sandwich. Ikut kawan. Katanya kawan-kawan semua makan sandwich. Dia pun nak sandwich. Ada tiga kali sesi makan. Recess, Crunch and Sip, dan lunch. Recess dengan crunch and zip dia makan sayur dan buah. Waktu lunch, dia makan sandwich.  


 

7. Big Buddies

Setiap term berlainan jadual. Term kedua ada sesi aktiviti dengan big buddies. Big buddy Wafiya bernama Mary dari kelas year 6. Kira macam murid darjah 6, datang ke kelas kindergarten buat aktiviti berkumpulan. Wafiya dengan tiga lagi rakan sekelas kindergarten akan sekumpulan dengan seorang big buddy. Wafiya cukup suka sesi ni. Aku rasa bagus juga sesi ni sebab komunikasi antara different age dapat diperkenalkan.

 

8. Library Day 

Yang ini pun hari yang dinanti-nantikan Wafiya. Setiap hari Rabu, Wafiya akan bawa tote bag merah untuk ke library sekolah. Dia akan pinjam dua buah buku dari library sekolah dan dipulangkan pada hari Rabu minggu berikutnya. Aku selalu pesan, pinjam buku best-best. Amalan membaca sangat ditekankan. Wafiya pun sudah pandai membaca seumur 4 tahun lebih. Masuk 5 tahun dah laju membaca. Setiap malam Wafiya akan baca buku sebelum tidur. Makin lama makin laju bacaannya. 

 


Setakat ini dulu cerita semester pertama yang mempunyai dua term. Satu term bersamaan dengan 3 bulan. Selepas selesai satu term akan diselangi dengan term break dua minggu sebelum masuk ke term berikutnya. Cuti panjang akan bermula pada pertengahan Disember sehingga January. Australia memulakan sesi persekolahan pada February. Tarikh pula berlainan mengikut setiap negeri. Tak sama. Walaupun dalam satu negara.

Ada yang kata unik. Ada yang kata mengarut. Nama jer satu Australia tapi pemerintahan setiap negeri berlainan. Dari sinilah aku dapat kenal peribadi dan mentaliti rakan-rakan. 

Pendapat aku pula, inilah kelainan yang aku cari semasa berhijrah untuk aku pelajari. Belajar menerima. Raikan perbezaan. Buka mata, betapa luasnya dunia. Ada perkara lain yang berlaku di luar kebiasaan Malaysia.

11 comments:

  1. Replies
    1. ada... sis follow @stanzabliss yer di ig.. salam perkenalan sis. klo ade ape2 boleh jer dm..jgn segan2..

      Delete
    2. kita dh request nk follow. nnt kita DM boleh?

      Delete
  2. kalau anak ada 3 orang mesti kos sgt berganda kn?

    ReplyDelete
    Replies
    1. teringin nk berhijrah. husband pun mcm nk diberentikan kerja. ma ayah dia suggest dia persue study.
      Duit adela gk sikit2. tp xtaula cukup ke x kalau nk migrate.

      Delete
  3. Kolej yg awk belajar tu umur 39 boleh ke Masuk❓

    ReplyDelete
  4. Senang ke dpt rumah sewa Sekitar Sydney ❗boleh bantu bg info.Teknikali nk rumahbyg Macam awak sekarang Ada kemudahan beli kedai.by next year saya nk kesana.kalau Tak keberkatan boleh WhatsApp 019 3412152 nita.my wife

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak senang juga untuk dapat rumah sewa. Sila baca post Pencarian rumah sewa di Sydney. saya ada ceritakan.

      Delete
    2. https://www.diyanasahariman.com/2018/12/pencarian-rumah-sewa-di-sydney.html

      Delete

Akhirnya Aku Dapat Habiskan Pengajian Master in Telecommunications Engineering di UNSW

Term 3 Tahun 2023 iaitu sesi terakhir pengajian aku. Term terakhir bagi aku. Term yang aku selesaikan baki subject yang belum diambil untuk ...